NUTP: Kaji kemahiran pelajar kuasa bahasa Inggeris
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menggesa kerajaan supaya mengkaji secara komprehensif terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.
“Kami mahu kerajaan mengadakan kajian secara menyeluruh sebelum sebarang perubahan dibuat kerana perubahan dasar akan memberi impak khususnya kepada pelajar, guru dan ibubapa,” kata Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng.
Menurutnya, kajian tersebut perlu memberi fokus kepada pengukuran kemahiran pelajar dalam menguasai bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
“Berdasarkan hasil kajian yang telus barulah kita boleh membuat keputusan mengenai PPSMI,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, semasa program PPSMI diperkenalkan pada tahun 2003, NUTP menyokong dasar kerajaan mengenainya kerana mempunyai pandangan yang jauh dalam era teknologi maklumat masakini.
“Selepas lima tahun program PPSMI dilaksanakan, pihak NUTP telah menerima pelbagai reaksi di kalangan guru dan pelajar.
Perlu masa
“Apa yang membimbangkan pihak guru adalah pelajar itu sendiri, terutama di kawasan luar bandar.
“Contohnya, kumpulan pelajar yang lambat atau lembap atau pelajar Orang Asli serta kumpulan yang tidak dapat mengikuti program ini,” katanya.
Menurut Lok lagi, mereka menghadap masalah dalam menguasai bahasa Inggeris dan memerlukan masa untuk memahami subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
Sebaliknya, tegas beliau, ada kumpulan pelajar dan guru yang dapat menunjukkan pencapaian yang amat memuaskan.
Katanya, NUTP memandang berat isu tersebut dan akan mengadakan perbincangan dengan guru serta pelajar mengenai program PPSMI.
“Satu laporan khas mengenai kajian NUTP itu akan dikemukakan kepada pihak kerajaan pada awal tahun 2008,” katanya.