Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Laluan Gua Musang-Jelawang ditutup sejak semalam
Diterbitkan:  Nov 18, 2025 8:46 AM
Dikemaskini: 12:46 AM

Laluan D29 di Kilometer 11.95 Jalan Gua Musang-Jelawang ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan berikutan runtuhan tanah.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa penutupan laluan tersebut berkuat kuasa sejak semalam sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Pengguna diminta menggunakan laluan alternatif iaitu FT08 Jalan Gua Musang-Kota Bharu, FT66 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli dan FT2743 jalan masuk ke Sungai Asap-Bertam-Meranto,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS