PM minta AG timbang rayuan gugur tuduhan cubaan membunuh
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau telah meminta Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mempertimbangkan rayuan menggugurkan dakwaan cubaan membunuh yang dikenakan terhadap 31 orang yang ditahan dalam perhimpunan haram di Batu Caves, bulan lepas.
Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata beliau telah meminta Peguam Negara untuk mempertimbangkan perkara itu secepat mungkin.
Katanya beliau bersimpati dengan 31 orang yang didakwa itu dan percaya mereka dipesongkan oleh penganjur perhimpunan haram itu.

Menurut laporan Bernama, Perdana Menteri berkata beliau dimaklumkan bahawa mereka yang ditahan itu juga menolak kumpulan yang menggelarkan diri mereka Hindraf dan tidak akan menyertai sebarang aktiviti yang dijalankan kumpulan itu pada masa depan.
"Peguam Negara telah memaklumkan kepada saya dan representasi telah dibuat kepada beliau. Mereka yang ditahan itu secara jelas berkata mereka tidak menyokong Hindraf. Mereka tidak akan mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti yang dianjurkan kumpulan itu, mereka menolak Hindraf sepenuhnya.
"Ini menunjukkan ramai orang telah dipesongkan oleh kumpulan itu. Saya bersimpati dengan mereka...jadi saya beritahu AG (Peguam Negara) tolong timbangkan representasi itu secepat mungkin," katanya selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.
Timbang rayuan
Semalam, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata beliau telah meminta Perdana Menteri menimbang rayuan sebahagian ibu bapa kepada 31 orang yang dituduh cuba membunuh seorang anggota polis, supaya membebaskan anak mereka.
Tiga belas badan bukan kerajaan (NGO) India pula bertemu Abdullah semlama bagi membincangkan masalah masyarakat India di negara ini dan turut memohon supaya kerajaan mempertimbangkan agar dakwaan cubaan membunuh ke atas 31 tahanan yang terlibat dalam perhimpunan haram itu digugurkan.
Mengulas mengenai penahanan lima orang, yang mendalangi perhimpunan haram di ibu negara bulan lepas, mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang didakwa Pengerusi DAP Karpal Singh sebagai salah di sisi undang-undang, Perdana Menteri berkata itu adalah tidak benar.
"Tidak semestinya begitu kerana undang-undang membenarkan menteri mengambil tindakan di bawah Seksyen 1 terutama apabila menteri telah berpuas hati dengan siasatan yang telah dibuat
"Terbukti siasatan itu sesuatu yang membolehkan atau telah jadi perkara yang wajar bagi menteri untuk menahan (seseorang itu) di bawah ISA," katanya