Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dewan Perwakilan AS lulus RUU wajibkan DOJ siarkan fail Epstein

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada Selasa meluluskan rang undang-undang yang mewajibkan Jabatan Kehakiman (DOJ) mendedahkan fail berkaitan ahli kewangan dan pesalah seks yang disabitkan kesalahan, Jeffrey Epstein, selepas berbulan-bulan tertangguh ekoran tindakan pimpinan Republikan, lapor Xinhua.

Dewan itu meluluskan Akta Ketelusan Fail Epstein dengan undian 427-1, hampir sebulat suara.

Ketika ini, Dewan Perwakilan mempunyai 219 ahli Republikan dan 214 Demokrat.

Rang undang-undang itu mewajibkan DOJ menerbitkan semua rekod, dokumen, komunikasi dan bahan siasatan tidak dikelaskan berhubung siasatan dan pendakwaan Epstein.

Ia termasuk bahan berkaitan Ghislaine Maxwell, yang bersekongkol dengan Epstein untuk mengeksploitasi gadis bawah umur secara seksual.

DOJ bagaimanapun dibenarkan menahan maklumat tertentu, termasuk maklumat pengenalan peribadi mangsa serta bahan yang boleh menjejaskan penyiasatan persekutuan yang sedang dijalankan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS