Tian Chua, Razak tuntut gantirugi RM4 juta
Dua pemimpin PKR menuntut gantirugi RM4 juta kerana ditahan secara tidak sah pada 11 Disember lalu dekat bangunan Parlimen, ketika polis menghalang mereka daripada menyertai Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) untuk menyerahkan memorandum.
Ketua Penerangan PKR, Tian Chua, 43, dan ketua penerangan PKR bahagian Kota Raja, Abdul Razak Ismail, 46, memfailkan saman tersebut di pejabat Pendaftaran Mahkamah Sivil Kuala Lumpur pagi ini, melalui peguam mereka, Lai Chee Hoe.
Mereka menamakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan kerajaan sebagai defenden.
Dalam saman tersebut, mereka mendakwa pada kira-kira jam10.30 pagi 11 Disember lalu, ketika dalam perjalanan dengan menaiki kereta milik Abdul Razak, menghala ke Bangunan Parlimen, mereka telah diberhentikan, ditangkap dengan menggunakan kekerasan dan ditahan oleh polis di lereng berdekatan bangunan tersebut.

Mereka medakwa, tindakan tersebut melanggar Seksyen 23, Kod Prosedur Jenayah dan tiada waran tangkap dikeluarkan pada masa tangkapan dilakukan walaupun mereka berulangkali meminta pihak polis berbuat demikian.
Dalam saman itu, mereka juga mendakwa tidak diberitahu mengenai alasan ketika tangkapan dilakukan sungguhkan mereka berulangkali meminta pihak polis berbuat demikian. Tindaka tersebut, kata mereka, melanggar Artikel 5(3) Perlembagaan Persekutuan.
Pihak polis, dakwa mereka, selanjutkan melakukan pencerobohan, serangan dan serang sentuh terhadap badan mereka dengan menggunakan kekerasan yang tidak wajar dan menyalahi undang-undang apabila secara kekerasan mengheret mereka dari kereta tersebut ke dalam kenderan polis.
Mereka juga mendakwa plantif pertama (Tian) dipukul di bahagian mukannya, dengan disaksikan oleh orang awam dan wakil media yang berada di tempat kejadian.
'Rampas kebebasan'
"Selanjutnya plantif-plantif telah dipenjarakan secara salah dan dirampas kebebasan mereka melebihi 10 jam sebelum mereka dibebaskan dengan jaminan polis pada atau kira-kira jam 9.90 malam," kata mereka dalam saman tersebut.
Menurutnya, pada hari yang sama - 11 Disember lalu - kereta milik Abdul Razak itu turut ditahan oleh pihak polis.
Dalam saman tersebut, mereka mendakwa kereta tersebut telah dibakar dan dirosakkan dengan teruk oleh orang atau orang-orang yang tidak dikenali.
"Kereta tersebut masih dalam tahanan polis dan belum dibebaskan oleh pihak polis sehingga tarikh writ saman ini," kata mereka dalam saman tersebut.
Sehubungan itu Abdul Razak mendakwa pihak polis cuai kerana gagal menghalang kerosakan pada kereta tersebut dan/atau mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan keselamatan kereta itu.
Saman itu menyebut, Abdul Razak telah mengalami kerugian dan kerosakan, iaitu nilai pasaran anggaran kereta sebanyak RM20,000 serta kehilangan penggunaan kereta RM80 setiap hari.
Ekoran tersebut mereka menuntut gantirugi kerugian keterlaluan dan teladan untuk kecederaan, trauma, penindasan dan penghinaan yang mereka alami dan apa-apa yang dilakukan oleh pihak polis.
Mereka menuntut kerugian am sebanyak RM1 juta, kerugian keterlaluan (RM1 juta), kerugian teladan (RM2 juta) dan relif-relif lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.