Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
‘PN nampak hodoh, tak bermaruah’ – Puad selar Adun PAS pertahan Hajiji
Diterbitkan:  Nov 25, 2025 11:10 AM
Dikemaskini: 3:10 AM

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi membidas tindakan calon PAS, Aliakbar Gulasan yang mempertahankan keputusannya untuk terus memegang jawatan Adun lantikan Sabah walaupun kerajaan negeri itu dikaitkan dengan pengkhianatan terhadap Perikatan Nasional (PN).

Dalam kenyataan di Facebook, Puad berkata ceramah Aliakbar yang tular pada 27 Julai lalu hanya menampakkan bahawa tindakan mempertahankan kedudukan itu dibuat atas kepentingan peribadi, dan bukan prinsip.

“Rakyat tidak kata kamu pengkhianat. Tetapi kamu tidak berprinsip. Kamu pentingkan jawatan Adun dilantik, sedangkan kamu bukan dipilih rakyat.

“Hajiji yang Muhyiddin tuduh sebagai pengkhianat PN melantik kamu,” kata Puad.

Menurutnya, sikap Aliakbar menjadikan imej PN “hodoh dan tidak bermaruah”, apatah lagi apabila dibandingkan dengan tindakan Bersatu yang memecat tujuh ahli parlimennya kerana menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Sepatutnya PAS sebagai ahli PN buat perkara sama terhadap Aliakbar,” katanya.

Aliakbar menjadi pemimpin pertama PAS Sabah menjadi Adun di negeri itu apabila dilantik pada Oktober 2020.

PAS sudah lama bertapak di Sabah dan pernah menyertai beberapa pilihan raya umumdan negeri sebelum ini, namun gagal memenangi sebarang kerusi.

Mengulas lanjut, Puad turut mengingatkan ucapan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor ketika berkempen di Karambunai, yang mendakwa kerajaan negeri Sabah asalnya dibentuk oleh PN sebelum gabungan itu ‘ditinggalkan’ oleh wakil-wakil rakyat yang melompat parti.

“Sanusi desak mereka ditolak kerana tiada pendirian. Masalahnya, kenapa Aliakbar yang duduk belakang Sanusi tidak ditolak?” soal Puad.

Dia juga mempersoalkan bagaimana Aliakbar boleh mempertahankan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor yang menurutnya “secara jelas mengkhianati PN”.

“Memang pelik. Sebab itu Rafizi jauh lebih berprinsip daripada Aliakbar,” kata Puad yang merujuk tindakan bekas menteri ekonomi itu yang meletakkan jawatan selepas tewas dalam pemilihan PKR lalu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS