Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Gempa 6.3 skala Richter landa perairan Aceh
Diterbitkan:  Nov 27, 2025 4:43 PM
Dikemaskini: 8:43 AM

Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter melanda perairan wilayah Aceh pada pagi Khamis, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, lapor Xinhua.

Gempa berlaku pada 11.56 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa terletak 62 kilometer (km) barat laut bandar Sinabang di pesisir timur Pulau Simeulue.

BMKG berkata gempa berpusat pada kedalaman 10 km namun tidak berpotensi mencetuskan tsunami.

Peta gegaran (shakemap) yang dikeluarkan BMKG menunjukkan gegaran lemah hingga sederhana dirasai di beberapa bahagian Pulau Simeulue dan kawasan sekitar.

Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan setakat ini.

- Bernama-Xinhua


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS