Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PRN Sabah: Hajiji keluar kenyataan selepas pulang dari istana

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor akan mengeluarkan kenyataan bertulis mengenai perkembangan semasa pembentukan Kerajaan Sabah yang baharu pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan selepas pulang dari Istana Seri Kinabalu.

"Tadi saya sudah buat kenyataan bertulis, saya pergi istana dulu baru kita keluarkan kenyataan," katanya kepada pemberita sebelum bergerak ke istana negeri dari kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya awal pagi ini bersama-sama beberapa calon GRS yang menang.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS