Dakwaan rasuah terhadap saya tidak berasas, kata Khir Toyo
Senarai calon Barisan Nasional (BN) Selangor untuk pilihanraya umum akan datang, termasuk Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo akan dirujukkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terlebih dahulu bagi memastikan mereka bersih daripada sebarang salahlaku rasuah.
Dr Mohd Khir berkata, perkara yang sama dilakukan dalam pilihanraya umum 2004 dan BPR mendapati beliau tidak terbabit dalam sebarang salahlaku rasuah dan kerana itu beliau boleh bertanding dalam pilihanraya umum lalu.
Katanya, siasatan BPR terhadap semua dakwaan yang dibuat terhadapnya, khususnya oleh PAS, mendapati semuanya tidak berasas.
"Saya rasa semua dakwaan (terhadap saya) telah selesai (disiasat). Tidak ada asas, kerana itulah nama saya bersih.

"Kalau ada, saya tidak boleh bertanding dalam pilihanraya umum lalu," katanya dalam wawancara khas dengan
Malaysiakini
minggu lalu.
"Saya juga akan hantar (senarai calon) sebelum pilihanraya akan datang. Kalau nama saya ada (tersangkut), maka saya tidak boleh bertanding," tambahnya.
Dr Mohd Khir berkata, ramai orang yang membut tuduhan beliau terlibat dalam rasuah, termasuk oleh parti pembangkang, PAS sebelum pilihanraya 2004.
Percepat pembangunan
"Dulu PAS kata macam-macam, semuanya saya jawab secara terbuka dalam Dewan (Undangan Negeri), depan-depan. Semuanya 'clear' tidak ada masalah," tambahnya.
Menurut beliau lagi, sebelum senarai nama calon dihantar pada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri mengarahkan beliau supaya menghantarnya kepada BPR, polis dan Pemegang Amanah.
"Kalau ada kes, tidak boleh (jadi calon). Jadi kita hantar. Nama saya adalah yang pertama (di atas sekali). Kalau saya tidak jujur saya tidak hantar (senarai tersebut). Tapi saya ikut arahan," tegasnya.
Mengenai dakwaan berlaku salahlaku rasuah dan penyelewengan dalam pembangunan tanah di Selangor, Dr Mohd Khir berkata: ''Sebenarnya, bila saya menjadi menteri besar, tidak ada lagi tanah yang boleh diberikan.
"Tanah tersebut telah diberi lama sebelum saya (menjadi menteri besar). Syarikat berkenaan membayar premium dan semuanya, mengemukakan pelan, semuanya mengikut undang-undang.
"Kita mahukan pembangunan, maka kita memajukannya. Saya ingin menjelaskan di sini bahawa bila saya menjadi menteri besar, tidak ada lagi tanah yang ada untuk diberikan," tambah beliau.
Menurutnya, kerajaan negeri perlukan pembangunan dan rakyat pula perlukan rumah, maka semua proses pembangunannya diperceapatkan.
Kes Zakaria
"Kita percepatkan semuanya, sebelum ini mungkin terdapat 'red tape' dalam badan-badan kerajaan (yang melambatkan proses pembangunan), kita percepat proses tersebut dan tanah berkenaan dimajukan.
"Semuanya menjadi mudah dan mereka dapat memajukannya," tambah beliau lagi.
Ditanya sama ada kerana projek tersebut dapat cepat dijalankan maka orang menyangka yang bukan-bukan terhadap beliau, Dr Mohd Khir berkata:
"Ya, itulah yang orang kata. Anda boleh bertanya mana-mana pemaju…yang pentingnya adakah rakyat tengok saya jalan dengan orang yang tidak tentu arah…saya duduk rumah saja.” Katanya.
Ditanya mengenai kedudukan Datuk Zakaria Mat Deros, Menteri Besar Selangor itu berkata, kes tersebut telah diserahkan untuk siasatan BPR.
“Semua kes yang ada laporan, kita akan minta BPR menyiasatnya. Sekarang ni, BPR aktif, ada saja laporan, dia terus pergi siasatan.
“Tunggulah laporan hasil siasatan BPR,” tambahnya.
Zakaria terbabit dalam kontroversi berhubung banglo mewah 17 bilik dan dan pelantikan anak serta menantunya sebagai ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK).
Zakaria membina banglo tersebut tanpa kebenaran MPK. Ekoran kontroversi tersebut, Sultan Selangor telah menasihatkan Zakaria meletakkan jawatan sebagai ahli majlis MPK.
Selain banglo mewah di kampung Idaman, Pandamaran itu, sebuah lagi bangunan milik Zakaria ialah DZ Satay House telah disita oleh MPK.
Restoran sate itu dikatakan tidak mempunyai lesen perniagaan dan didirikan di atas tanah kerajaan tanpa lesen pendudukan sementara (TOL).