Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
23 maut dalam kebakaran kelab malam di India
Diterbitkan:  Dec 7, 2025 11:00 AM
Dikemaskini: 3:00 AM

GLOBAL | Dua puluh tiga orang maut dalam kebakaran di sebuah kelab malam di negeri pelancongan Goa di barat India, lapor Anadolu Ajansi yang memetik kenyataan pegawai setempat.

Ketua Menteri Goa, Pramod Sawant, berkata kejadian tersebut berlaku pada tengah malam tadi di daerah Arpora.

“Hari ini adalah hari yang amat menyedihkan bagi kita semua di Goa. Insiden kebakaran besar di Arpora telah meragut 23 nyawa,” katanya di X.

Selepas melawat lokasi kejadian, Sawant berkata dia mengarahkan siasatan dijalankan.

“Mereka yang didapati bertanggungjawab akan dikenakan tindakan paling tegas mengikut undang-undang dan sebarang kecuaian akan ditangani dengan tegas,” katanya.

Menurut Press Trust of India, kebakaran berkenaan berpunca daripada letupan silinder.

- Bernama/Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS