Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah Beijing putuskan lapan kes pampasan MH370
Diterbitkan:  Dec 9, 2025 8:58 AM
Dikemaskini: 12:58 AM

Sebuah mahkamah di Beijing telah membuat keputusan berhubung tuntutan pampasan yang difailkan oleh keluarga beberapa penumpang pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang pada 2014, menurut Mahkamah Tinggi Rakyat Beijing dalam satu kenyataan pada Isnin, lapor Xinhua.

Lapan kes yang diputuskan kali ini melibatkan lapan penumpang. Mahkamah Rakyat Daerah Chaoyang pada Jumaat mengarahkan defendan membayar pampasan kepada plaintif selaras dengan Konvensyen Montreal dan undang-undang China yang berkaitan.

Pampasan itu meliputi ganti rugi, kos pengebumian, ganti rugi tekanan emosi, kerugian lain serta kos berkaitan berjumlah lebih 2.9 juta yuan (kira-kira US$410,000) bagi setiap kes.

Penerbangan MH370 hilang pada 8 Mac 2014. Sejak 2016, ahli keluarga kepada 75 penumpang yang hilang telah memfailkan 78 tuntutan mahkamah secara berperingkat, menuntut ganti rugi dan menyeru penubuhan dana mencari dan menyelamat, antara tuntutan lain, terhadap Malaysia Airlines dan beberapa defendan lain, menurut mahkamah itu.

- Bernama-Xinhua


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS