GMI tangguh program bantah ISA malam ini
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah menangguhkan programnya untuk mengadakan perhimpunan membantah penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Dataran Merdeka malam ini.
Dalam satu kenyataan malam tadi, Presiden GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, program itu telah ditangguhkan sehingga 5 Januari tahun depan.
“Selaras dengan hak dalam perlembagaan untuk mengadakan perhimpunan secara aman, GMI tegas dengan niatnya untuk mengadakan program tersebut," katanya.

Syed Ibrahim menegaskan bahawa, program tersebut, sepertimana program-program lain yang pernah diadakan oleh GMI sebelum ini, akan berjalan secara aman dan tidak mengancam ketenteraman awam serta keselamatan negara.
Sebaliknya, beliau mendakwa, tindakan dan provokasi secara sengaja oleh pihak polis, yang mengakibatkan perhimpunan berakhir dengan kekecohanan.
Program tersebut sepatutnya dihadiri oleh anggota keluarga tahanan ISA dan badan-badan awam.
Hindraf (Hindu Rights Action Force), (Hindraf), yang mahu turut menyertai program tersebut, telah dinasihatkan melalui SMS supaya jangan berkumpul di Dataran Merdeka malam ini.
Lima pemimpin Hindraf turut ditahan pada 13 Disember lalu selepas ia menganjurkan perhimpunan pada 25 November lalu yang disertai kira-kira 30,000 masyarakat India.
Semalam, Ketua Polis Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman telah mengeluarkan amaran tegas kepada GMI dan orang ramai supaya jangan mengadakan program tersebut kerana ia tidak mendapat permit polis.
Sejak kebelakangan ini, pihak polis bertindak tegas dalam menyuraikan orang ramai yang menyertai perhimpunan haram, dengan menggunakan gas pemedih mata serta meriam air.
Ramai daripada mereka ditahan dan didakwa di mahkamah atas tuduhan menyertai perhimpunan haram. Berita asal
http://www.malaysiakini.com/news/76326