Palanivel yakin pengundi India tetap bersama BN...
Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel yakin pengundi tegar Barisan Nasional (BN) daripada kaum India tidak akan beralih kepada pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang.
"Perkara ini tidak akan berlaku," katanya kepada diminta mengulas komen pemimpin Pembangkang Lim Kit Siang bahawa terdapat kebangkitan politik dalam kalangan pengundi India di negara ini.
"Pembangkang hanya merujuk kepada suara kumpulan serpihan," kata Palanivel, yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata, keadaan di peringkat akar umbi, terutama semasa pilihanraya, menunjukkan pengundi akan menilai jumlah kerja yang MIC telahpun laksanakan di bawah kepimpinan Datuk Seri S Samy Vellu.
"Kesetiaan bukanlah proses sehala. Ia merupakan proses dua hala. Pengundi Barisan Nasional akan tetap setia kepada kami memandangkan kami memberikan khidmat kepada kawasan pilihanraya kami dan telahpun memupuk hubungan dengan pengundi kami," kata Palanivel.
Katanya, wakil rakyat BN perlu terus bekerja keras di kawasan pilihanraya mereka dan sentiasa memaklumkan kepada pengundi mengenai taktik pembangkang yang menangguk di air keruh.
Sebahagian besar pengundi India, tegas beliau, tahu bahawa mengundi pembangkang bukanlah jawapan kepada masalah mereka yang masih belum selesai.
'Pancing undi'
Sementara itu, Ketua Pemuda MIC, S A Vigneswaran berkata, pergerakan itu perlu bertindak lebih agresif dalam menangani kesan tindakan sekumpulan masyarakat India yang menganjurkan perhimpunan haram untuk mengelirukan kaum itu di negara ini.
Menurutnya, tindakan kumpulan itu memberi ruang kepada parti pembangkang untuk mengambil kesempatan dalam memancing undi dalam pilihanraya umum akan datang.
"Masyarakat India perlu sedar bahawa tindakan sekumpulan masyarakat itu yang mengadakan perhimpunan haram telah membawa banyak kesan negatif terhadap kaum India.
"Pemuda MIC tidak boleh berdiam diri dan perlu bertindak lebih proaktif dalam mengawal keadaan supaya tidak menjadi lebih buruk," kata Vigneswaran kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat khas bersama Pemuda MIC Selangormalam tadi.
Vigneswaran yang juga Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan turut meminta semua ketua pemuda MIC bahagian turun padang dan membuat kajian terhadap masalah kaum India yang masih belum selesai serta mengadakan perbincangan dengan masyarakat India di kawasan masing-masing.
"Saya mahu kerjasama rangkaian yang lebih agresif dan efektif di kalangan Pemuda MIC," katanya.
Mesyuarat kira-kira dua jam yang disertai lebih kurang 200 anggota Pemuda MIC termasuk 19 Ketua Pemuda bahagian di seluruh Selangor itu adalah siri jelajah yang bermula hari ini bertujuan memberi maklumat tepat mengenai isu semasa serta membuat kajian lebih mendalam berhubung masalah yang dihadapi masyarakat India di Malaysia.