Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Banjir di Pahang makin buruk, hampir 12,000 dipindahkan
Diterbitkan:  Dec 18, 2025 9:02 PM
Dikemaskini: 1:56 PM

Situasi banjir di Pahang semakin buruk dengan hampir 12,000 dipindahkan setakat 8.30 malam ini - menyumbang hampir 90 peratus daripada mangsa banjir semasa di seluruh negara.

Kuantan merupakan kawasan paling teruk terjejas, dengan lebih 9,700 orang dipindahkan ke pusat perlindungan banjir.

Awal hari ini, seorang warden penjara ditemui mati di Kuantan di sebuah rumah yang ditenggelami air.

Di seluruh negara, lebih 13,400 orang kini terjejas akibat banjir setakat laporan ini disiarkan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dalam satu catatan media sosial, melahirkan kebimbangan terhadap situasi banjir dan berdoa agar keadaan bertambah baik.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa kabinet akan membincangkan cadangan untuk meningkatkan pembayaran bantuan bencana kepada keluarga, yang kini berjumlah RM1,000 setiap isi rumah.

Dia menambah bahawa pembayaran juga akan dipercepatkan, dengan keluarga dijangka menerima bantuan sebelum mereka meninggalkan pusat pemindahan banjir dan bukannya tiga hari selepas seperti sebelumnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS