Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Muka baru dalam pentadbiran Madani
Diterbitkan:  Dec 19, 2025 11:28 AM
Dikemaskini: 3:28 AM

Doktor, jurutera, peguam, pendakwah, serta seorang aktivis yang pernah berkempen menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) antara wajah baru yang dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri pada Selasa lalu susulan rombakan Kabinet besar-besaran dilakukan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Walaupun baru dalam kerajaan Madani, sebahagian daripada sembilan individu ini pernah mempunyai pengalaman memegang jawatan dalam kerajaan sebelum ini.

Hampir kesemua mereka berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an serta merupakan generasi pelapis dalam parti masing-masing.

Mereka ialah:

Dr Taufiq Johari – Menteri Belia dan Sukan

  • Berumur umur 29 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur

  • Ahli Parlimen Sungai Petani sejak 2022

  • Timbalan Ketua Pemuda PKR (AMK)

  • Anak kepada Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul dan merupakan anak keenam daripada lapan adik beradik

  • Berkelulusan dalam bidang perubatan


Chiew Choon Man – Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

  • Berumur 34 tahun dan berasal dari Sarawak

  • Salah seorang Ahli Parlimen termuda

  • Ahli Parlimen Miri sejak 2022

  • Timbalan Ketua Pemuda PKR (AMK)

  • Berkelulusan undang-undang


Yuneswaran Ramaraj – Timbalan Menteri Perpaduan Negara

  • Berumur 38 tahun dan berasal dari Johor

  • Ahli Parlimen Segamat sejak 2022

  • Ahli Majlis Kepimpinan Pusat PKR

  • Orang pertama disabitkan di bawah Akta Perhimpunan Aman pada September 2013 kerana gagal memaklumkan polis 10 hari sebelum menganjurkan perhimpunan Black 505. Mahkamah Persekutuan kemudian memutuskan pada 1 Julai bahawa syarat ini tidak lagi sah dari segi perlembagaan.


Mordi Bimol – Timbalan Menteri Belia dan Sukan

  • Berumur 40 tahun dan berasal dari Sarawak

  • Ahli Parlimen Mas Gading selama dua penggal sejak 2018

  • Timbalan Pengerusi DAP Sarawak

  • Menang mengejut dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (2018) apabila menumbangkan tokoh BN, Anthony Nogeh Gumbek.

  • Bekas wartawan


Lo Su Fui – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)

  • Berumur 44 tahun dan berasal dari Sabah

  • Ahli Parlimen Tawau sejak 2022

  • Timbalan bendahari Parti Bersatu Sabah (PBS), yang merupakan sebahagian daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS)

  • Satu-satunya Ahli Parlimen dari partinya dalam kerajaan Madani

  • Berkelulusan undang-undang.


Marhamah Rosli – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

  • Berumur 45 tahun dan berasal dari Sabah

  • Senator

  • Tidak terlibat dalam politik kepartian.

  • Pengerusi yayasan kebajikan yang memperjuangkan nasib kanak-kanak terpinggir di Sabah

  • Menubuhkan tabung bagi menampung kos guaman keluarga pelajar Tingkatan Satu yang meninggal dunia, Zara Qairina Mahathir.

  • Pendakwah dan guru agama


Shahar Abdullah – Timbalan Menteri Ekonomi

  • Berumur 45 tahun dan berasal dari Pahang

  • Ahli Parlimen Paya Besar selama dua penggal sejak 2018

  • Bekas Ketua Pemuda Umno Pahang

  • Bekas Timbalan Menteri Kewangan II di bawah kerajaan PN dari Mac 2020 hingga November 2022

  • Berkelulusan dalam bidang kejuruteraan


Sim Tze Tzin – Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri

  • Berumur 49 tahun dan berasl dari Pulau Pinang

  • Ahli Parlimen Bayan Baru dari PKR selama tiga penggal sejak 2013

  • Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di bawah kerajaan PH dari 2018 hingga 2022

  • Disenaraikan sebagai saksi dalam Suruhanjaya Diraja siasatan video VK Lingam pada akhir 2007, tetapi tidak dipanggil

  • Berkelulusan dalam bidang kejuruteraan


Syed Ibrahim Syed Noh – Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar

  • Berumur 61 tahun dan berasal dari Johor

  • Ahli Parlimen Ledang dari PKR selama dua penggal sejak 2018

  • Pengerusi PKR Johor

  • Bekas pemimpin Gerakan Mansuhkan ISA dan Bersih 2.0

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini untuk mendapatkan berita dan pandangan terkini yang penting.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS