Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dua pembantu rumah dijadikan buruh paksa diselamatkan polis

Polis menyelamatkan dua pembantu rumah warga Indonesia dipercayai menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa oleh seorang ahli perniagaan dan anaknya di sebuah rumah di Kayangan Heights di Shah Alam, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ramsay Embol berkata serbuan dilakukan pada 2.30 petang dengan mangsa berusia 48 dan 33 tahun mendakwa telefon bimbit dirampas, dipaksa bekerja lebih masa, sering dipukul serta tidak dibayar gaji sejak dua bulan lepas.

“Seorang daripada mereka bekerja untuk tempoh dua tahun dan seorang lagi sebulan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ramsay berkata majikan mangsa yang merupakan wanita tempatan berusia dalam lingkungan 50 dan 30 tahun direman sehingga esok untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat kejadian menghubungi pegawai penyiasat kanan jenayah ASP Md Anuar bin Md Amilah@Harun menerusi talian 019-2255597 untuk membantu siasatan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS