Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Maybank alami gangguan, perkhidmatan DuitNow terjejas
Diterbitkan:  Dec 24, 2025 3:34 PM
Dikemaskini: 7:34 AM

Malayan Banking Bhd (Maybank) memaklumkan bahawa perkhidmatannya sedang mengalami gangguan yang menjejaskan DuitNow, termasuk pembayaran QR, pemindahan wang, pembayaran bil serta transaksi berkaitan.

Menerusi kenyataan di platform X hari ini, Maybank berkata beberapa transaksi berkemungkinan mengambil masa lebih lama atau tergendala untuk sementara waktu.

“Dalam tempoh itu, anda boleh terus menggunakan kemudahan GIRO Antara bank seperti biasa bagi tujuan penghantaran wang.

“Kami sedang mengambil langkah untuk memulihkan perkhidmatan yang terjejas dengan secepat mungkin,” katanya.

Maklumat lanjut atau bantuan boleh diperoleh menerusi [email protected] atau menghubungi talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS