Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Amaran ribut petir, hujan lebat di 5 negeri sampai jam 11 pagi
Diterbitkan:  Dec 27, 2025 9:08 AM
Dikemaskini: 1:08 AM

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lima negeri hingga 11 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 7.55 pagi memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Pahang (Bentong dan Temerloh) serta Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi seluruh negeri Melaka, serta Johor yang melibatkan kawasan Tangkak dan Muar.

Keadaan cuaca itu turut diramalkan berlaku di beberapa kawasan di Sarawak, iaitu Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS