Ahli politik dituduh campuri urusan persatuan badminton
Persatuan Badminton Selangor (PBS) tidak akan mematuhi arahan Pesuruhjaya Sukan, Tan Sri Elyas Omar berhubung kesahihan mesyuarat agung persatuan itu dan pemilihan jawatankuasanya yang telah menumpaskan kumpulan yang diketuai oleh ahli politik, Datuk Zakaria Mohd Deros.
PBS berkata, pihaknya tidak akan mematuhinya arahan Elyas dalam surat bertarikh 24 Disember yang menyatakan bahawa mesyuarat agung persatuan itu pada 31 Mac lalu adalah tidak sah dan begitu juga jawatankuasa yang terpilih.
PBS mendakwa bahawa pesuruhjaya sukan itu - yang dilantik oleh Kementerian Sukan untuk menyelia dan memantau pentadbiran semua badan sukan di negara ini - telah menyalahguna kuasanya dan tunduk kepada tekanan politik.
Persatuan Badminton Selangor (PBS) tidak akan mematuhi arahan Pesuruhjaya Sukan, Tan Sri Elyas Omar berhubung kesahihan mesyuarat agung persatuan itu dan pemilihan jawatankuasanya yang telah menumpaskan kumpulan yang diketuai oleh ahli politik, Datuk Zakaria Mohd Deros.
PBS berkata, pihaknya tidak akan mematuhinya arahan Elyas dalam surat bertarikh 24 Disember yang menyatakan bahawa mesyuarat agung persatuan itu pada 31 Mac lalu adalah tidak sah dan begitu juga dengan pemilihan jawatankuasa barunya.
PBS mendakwa bahawa pesuruhjaya sukan itu - yang dilantik oleh Kementerian Sukan untuk menyelia dan memantau pentadbiran semua badan sukan di negara ini - telah menyalahguna kuasanya dan tunduk kepada tekanan politik.
Tindakan PBS mengingkari arahan Elyas, yang juga bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, dilihat akan menjejaskan peranan dan tanggungjawabnya untuk memastikan badan-badan sukan ditadbir dengan baik.
Tindakan tegas PBS yang diketuai oleh presidennya, V Subramaniam, juga bakal memanaskan lagi perebutan kuasa dalam persatuan itu antara pihaknya dengan kumpulan yang diketuai Zakaria, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang.
Zakaria dan orang-orangnya kalah kepada kumpulan Subramaniam dalam mesyuarat agung PBS yang lalu.
Dalam surat yang dihantar kepada Elyas, Subramaniam - melalui peguam jawatankuasa baru, DP Vijandran - memberitahu pesuruhjaya sukan itu bahawa mereka telahpun memberi kerjasama sepenuhnya kepada beliau dan pejabat pesuruhjaya sukan itu demi memelihara persahabatan dan untuk mengelak sebarang konflik dengan beliau.
'Bertindak tidak adil'
Dalam suratnya, Subramaniam berkata, trend yang lalu, menunjukkan dengan jelas bahawa pesuruhjaya sukan itu bertindak tidak adil dan berat sebelah dengan menyokong mereka yang mempunyai kaitan politik yang menurutnya, telah menggunakan Elyas untuk cuba merebut kuasa dalam PBA.
Surat tersebut juga menceritakan apa yang berlaku sebagai menyokong dakwaan mereka bahawa Elyas bertindak tidak adil terhadap mereka.
Dalam surat tersebut, kumpulan Subramaniam menyatakan bahawa mereka sebenarnya dilantik melalui mesyuarat agung yang diadakan pada 9 Disember 2006, selepas menumpaskan jawatankuasa lama yang diketuai oleh Zakaria.
Bagaimanapun, dua hari kemudiannya, pada 11 Disember, Elyas telah meminta mereka menangguhkan mesyuarat agung tersebut, atas permintaan lisan Zakaria dan tekanan daripada pihak-pihak tertentu.
Beliau kemudiannya menulis kepada Subramaniam pada 27 Februari 2007 dengan menyatakan bahawa memandangkan mesyuarat agung itu tidak dibatalkan, maka ianya adalah tidak sah. Elyas meminta mereka mengadakan mesyuarat yang baru sebelum 31 Mac tahun ini.
Ekoran itu, satu mesyuarat agung berasingan telah diadakan pada tarikh yang ditetapkan di mana ahli jawatankuasa yang sama dipilih dalam mesyuarat agung 2006, telah dipilih semula. Ini bermakna kumpulan Subramaniam sekali menewaskan kumpulan Zakaria.
Berikutan mesyuarat agung pada Mac lalu, Elyas telah menulis kepada beberapa pihak, termasuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Majlis Sukan Selangor, untuk mengesahkan mesyuarat agung 2007 dan pemilihan ahli jawatankuasanya.
Bagaimanapun, ini tidak bermakna ahli jawatankuasa yang baru boleh menjalankan tugas-tugas mereka.
Dalam dua ketika - 26 Julai dan 11 Disember - Elyas telah mengadakan pertemuan dengan ahli jawatankuasa yang baru itu dan meminta supaya mesyuarat agung diadakan sekali lagi.
Ini diikuti dengan suratnya yang bertarikh 13 Disember yang meminta Subramaniam supaya mengadakan semula mesyuarat agung pada bulan Mac kerana 10 kelab badminton tidak dijemput menghadiri mesyuarat agung 2007. Kelab-kelab tersebut dikatakan menyokong Zakaria.
Dalam surat jawapannya kepada Elyas, Subramaniam telah menjelaskan secara terperinci mengapa kelab-kelab tersebut tidak dijemput menghadiri mesyuarat agung tersebut.
'Mengembalikan kuasa Zakaria'
Selepas itulah pesuruhjaya sukan itu menghantar surat bertarikh 24 Disember, yang mengisytiharkan mesyuarat agung tersebut sebagai tidak sah.
Dalam surat itu juga, beliau menyatakan bahawa ahli jawatankuasa yang dipilih itu, diganti oleh jawatankuasa yang dipilih pada 2004 - iaitu Zakaria dan kumpulannya - yang akan mengadakan mesyuarat agung yang baru itu.
Dalam suratnya kepada Elyas semalam, PBS mendakwa bahawa pesuruhjaya sukan itu telah bertindak di luar bidang tugasnya.
Menurut PBS lagi, Akta Pembangunan Sukan tidak membolehkan Elyas campurtangan dalam urusan dalaman mana-mana badan sukan atau mentafsir perlembagaan badan sukan tersebut atau memutuskan siapakah yang harus menjadi ahli badan sukan berkenaan.
Oleh itu, PBS menegaskan dalam surat tersebut bahawa arahan yang dikeluarkan oleh Elyas itu ultra vires (di luar bidang kuasa) di bawah akta tersebut dan tidak sah kerana ia menceroboh kebebasan asas persatuan.
Ahli jawatankuasa yang baru dipilih itu juga menuduh Elyas bertindak dengan niat jahat, dengan memihak kepada Zakaria dan "mengikut rentak Zakaria".
Mereka berkata, mereka menyedari bahawa Zakaria mempunyai pengaruh politik yang besar.
Malah, mereka mendakwa, Zakaria pernah dua kali mengungut untuk menggunakan hubungan politiknya untuk memecat majlis eksekutif sekarang.
Melalui surat tersebut, kumpulan pimpinan Subramaniam memberitahu Elyas secara bahawa memandangkan arahannya dalam surat bertarik 24 Disember itu adalah ultra vires terhadap Akta Pembangunan Sukan dan tidak sah di bawah perlembagaan persekutuan dan melanggar peruntukan dalam perlembagaan PBS, maka ianya tidak sah, batal dan tidak mempunyai sebarang kuasa perundangan.
Mereka berkata tidak akan mematuhi arahan tersebut dan mereka akan kekal memegang jawatan dan menjalankan tugas masing-masing.
Menurut mereka lagi, ahli-ahli PBS juga telah bosan kerana telah banyak masa dan tenaga yang dibazirkan dalam melayani tuntutan yang tidak sah dan tidak wajar dari pejabat pesuruhjaya sukan itu.
Jika perlu, jelas surat tersebut, merek akan mengambil tindakan undang-undang yang ada untuk mempertahankan hak mereka dan kebajikan PBS.
Perebutan sengit
Zakaria dan Elyas tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.
Dalam sidang akhbar pada 24 Disember lalu, Elyas telah mengumumkan bahawa beliau bertindak mengikut Seksyen 13 Akta Pembangunan Sukan 1997 untuk mengisytiharkan mesyuarat agung PBS pada 31 Mac sebagai batal dan tidak sah.
Menurutnya, ia bermakna ahli jawatankuasa PBS 2004-2206 yang diketuai oleh Zakaria mesti mengadakan mesyuarat agung dan pemilihan yang baru di bawah selian BAM dalam tempoh 21 hari.
Elyas telah mengarahkan ahli jawatankuasa 2004-2006 itu mengadakan mesyuarat jawatankuasa tersebut secepat mungkin mengikut Artikel 14 (3) perlembagaan PBS untuk menetapkan tarikh dan tempat serta senarai badan gabungan yang boleh menghadiri mesyuarat agung serta pemilihan yang baru.
Ekoran pendirian yang diambil oleh kumpulan Subramaniam hari ini, maka tidak dapat dipastikan bagaimanakah mesyuarat agung yang baru itu dapat diadakan.
Sebelum ini Zakaria menjadi perhatian media apabila beliau didakwa menyalahgunakan kuasanya sebagai ahli Majlis Perbandaran Klang dengan membina banglo mewah tanpa kebenaran pihak berkuasa serta gagal membayar cukai taksiran selama lebih 10 tahun.
Beliau telah didenda sebanyak RM24,000 oleh MPK. Selepas itu, siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadapnya ditutup Mei tahun lalu kerana dikatakan kurang bukti. Berita asal

