Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lelaki maut ditembak di restoran makanan segera di Banting
Diterbitkan:  Jan 5, 2026 12:28 PM
Dikemaskini: 4:28 AM

Seorang lelaki maut selepas ditembak di sebuah restoran makanan segera di Banting, Kuala Langat dekat Shah Alam, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11.05 malam.

“Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat menerima maklumat daripada MERS 999 mengenai satu kejadian tembakan di sebuah restoran di kawasan Banting yang melibatkan kematian seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat di mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan seorang lelaki terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri, dengan beberapa kelongsong peluru kelihatan bertaburan di lantai restoran berkenaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS