Aktivis S'pura mogok lapar sokong Hindraf 5
Seorang aktivis Singapura berkata beliau akan mula melancarkan mogok lapar untuk menuntut pembebasan lima aktivis Hindraf yang ditahan di bawah ISA.
"Pada jam 9 pagi, saya mula (melancarkan mogok lapar), " kata seelan Palay, 23, dari berhampiran pintu masuk bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di republik itu.
Palay berkata, beliau tidak akan makan kecuali minum air selama lima hari - sehari untuk setiap aktivis Hindraf yang ditahan itu.

Mereka ditahan di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) yang membenarkan penahanan tanpa bicara.
"Saya akan tidur atas tikar," kata Palay yang menurutnya turut memakai tanda di lehernya yang berbunyi: "Beri mereka perbicaraan yang adil".
Lima aktivis Hindraf itu ditahan selepas mereka menganjurkan perhimpunan rakyat November lalu sebagai membantah peminggiran dan diskriminasi terhadap kaum India di Malaysia.
Polis telah menggunakan gas pemedih mata, meriam air dan cota untuk menyuraikan perhimpunan tersebut yang disertai oleh kira-kira 30,000. Palay turut menyertai perhimpunan tersebut.
Bebaskan atau dakwa di mahkamah
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum beliau melancarkan mogok lapar itu, Palay menggesa masyarakat antarabangsa supaya mengenakan tekanan terhadap kerajaan Malaysia supaya membebaskan aktivis Hindraf itu dan membuktikan tuduhan terhadap mereka di mahkamah.
"Selaras dengan fokus terhadap hak asasi manusia di Asean hari ini...kami tidak boleh menutup mata terhadap apa yang berlaku," kata kenyataan tersebut.
Bulan lalu, Pertubuhan Negara Asia Tenggara (Asean) telah menandatangani satu piagam yang menggesa ditubuhkan sebuah badan hak asasi manusia peringkat serantau.
Singapore kini menjadi pengerusi pertubuhan Asean tersebut. Berita asal