Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pegawai tertinggi tentera hadir sekali lagi ke SPRM beri keterangan
Diterbitkan:  Jan 12, 2026 11:20 AM
Dikemaskini: 5:57 AM

Seorang pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini hadir sekali lagi ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai bagi memberi keterangan berhubung satu kes rasuah.

Kenderaan yang membawa pegawai berkenaan, berusia lingkungan 60-an, memasuki bangunan SPRM kira-kira 10.10 pagi.

Difahamkan, kehadiran beliau hari ini merupakan kali kedua selepas keterangannya diambil selama kira-kira 13 jam semalam, bermula pukul 11 pagi.

Media sebelum ini melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa pegawai penyiasat masih memerlukan keterangan individu berkenaan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Azam dilaporkan berkata pegawai itu dibenarkan pulang pada tengah malam tadi, namun sesi rakaman keterangannya akan disambung hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS