Chua: Sayalah orang dalam video seks
Menteri Kesihatan, Datuk Chua Soi Lek hari ini mengaku bahawa beliau adalah individu dalam video yang menunjukkan seorang lelaki sedang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dalam bilik sebuah hotel.
Chua, 60, yang juga Naib Presiden MCA membuat pengakuan tersebut dalam satu sidang akhbar di kawasan Parlimennya di Labis Johor.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan dan menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk menentukan kedudukannya dalam kabinet.
Menteri Kesihatan, Datuk Chua Soi Lek hari ini mengaku bahawa beliau adalah individu dalam video yang menunjukkan seorang lelaki sedang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dalam bilik sebuah hotel.
Chua, 60, yang juga Naib Presiden MCA membuat pengakuan tersebut dalam satu sidang akhbar di kawasan Parlimennya di
Labis Johor.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan dan menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk menentukan kedudukannya dalam kabinet.
Chua juga berkata, beliau akan terus menjalankan tugasnya sebagai seorang menteri dan naib presiden parti.
Beliau yang sudah berkahwin dan mempunyai enam orang anak, juga berkata, wanita yang berusia 30-an dalam video tersebut adalah 'rakan peribadinya'.
“Saya adalah lelaki dalam video tersebut. Wanita itu adalah kawan peribadi saya," kata Chua dalam satu kenyataan di ibupejabat MCA Labis pada jam 4 petang tadi. Hadir sama ialah sekumpulan 50 orang penyokongnya dan pemimpin tempatan.
Chua menegaskan bahawa beliau tidak merakamkan video tersebut.
“Siapa yang merakamkannya tidak penting. Yang lebih penting ialah keluarga saya, isteri dan anak-anak saya telah menerima pemohonan maaf saya," katanya dalam sidang akhbar tersebut.
Chua mendedahkan bahawa beliau telah menemui Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Presiden MCA semalam untuk "memohon maaf secara peribadi kepada mereka".
Ditanya mengenai hasil pertemuan dengan Abdullah itu, Chua enggan menjawab tetapi sebagainya meminta wartawan bertanya sendiri kepada Perdana Menteri.
Menurut Chua, beliau telah mendapat salinan video tersebut melalui seorang kawan Ahad lalu dan telah menonton rakaman tersebut.
Katanya, tujuan individu yang merakamkan video tersebut "adalah amat jelas sekali", membayangkan bahawa beliau telah menjadi mangsa konspirasi politik dalam parti tersebut.
Chua juga berkata, beliau sedang menimbang untuk membuat laporan polis berhubung perkara tersebut, tetapi menambah pihak polis telahpun mula menjalankan siasatan.
Chua juga enggan mendedahkan identiti wanita dalam video tersebut walaupun berulangkali ditanya oleh para wartawan.
“Saya merayu kepada pihak media supaya memberi saya dan keluarga sedikit ruang dalam menghadapi masalah yang sukar ini," katanya.
Sokongan keluarga
Sejak tiga hari lalu, akhbar-akhbar berbahasa Cina telah melaporkan mengenai DVD - yang menunjukkan seorang ahli politik yang sedang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita - diedarkan di Muar dan kemudiannya di Batu Pahat dan Seremban.
Sementara itu, isteri Chua, Datin Wong Sek Hin juga mengeluarkan kenyataan hari ini untuk menyatakan sokongan terhadap suaminya itu.
Wong, yang tidak hadir dalam sidang akhbar hari ini, berkata Chua telah memohon maaf kepadanya dan kepada keluarganya berhubung video tersebut.
“Ia adalah satu masa sukar untuk kami semua tetapi kami telah menerima kekesalannya dan pemohonan maafnya.
“Beliau merupakan seorang suami, seorang bapa dan anggota keluarga yang baik, yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya.
“Kami tahu ia adalah sukar pada masa ini tetapi kami akan melaluinya bersama sebagai sebuah keluarga dan akan memberi sokongan kepada beliau," kata Wong dalam satu kenyataan empat perenggan kepada Malaysiakini.
Kandungan DVD
Menurut saksi yang telah menonton video tersebut, terdapad dua DVD yang menunjukkan babak seks itu yang dikatakan dirakam melalui televisyen litar tutup (CCTV).
DVD pertama selama 56 minit menunjukkan keseluruhan babak perhubungan seks itu dari empat kamera yang dihalakan ke bahagian katil, pintu utama dan bilik tetamu.
Seorang lelaki kelihatan berjalan masuk ke dalam sebuah bilik yang dipercayai bilik hotel dan melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an.
Sementara itu, DVD kedua sepanjang 44 minit pula menunjukkan babak hubungan seks yang sama dari satu kamera sahaja yang difokuskan ke arah katil.
Imej pasangan itu didakwa agak jelas dilihat dalam video tersebut dan mereka berbual dalam longhat Hokkien.
Menurut saksi lagi, video tersebut bermula dengan lelaki yang didakwa ahli politik tersebut sedang mandi dan kemudiannya menukar pakaian dalam bilik berkenaan. Seorang wanita kemudian mengetuk pintu dan dilihat masuk ke dalam bilik tersebut. Pasangan itu nampak seperti sudah mengenali satu sama lain.
Video tersebut kemudiannya menunjuk wanita itu mengeluarkan komputer riba dan meletakkannya di atas katil, dan kemudiannya masuk ke bilik air dan muncul semula dalam keadaan berbogel.
Wanita itu kemudian melakukan seks oral ke atas lelaki yang didakwa ahli politk berkenaan dan diikuti dengan babak hubungan seks di atas katil. Pasangan tersebut kelihatan sedang melihat sesuatu daripada komputer riba itu sepanjang mereka melakukan hubungan seks.
Latarbelakang Chua
Chua, lulusan bidang psikologi, memulakan kariernya dalam bidang perubatan sebagai seorang doktor kerajaan pada tahun 1974.
Ahli politik dari Johor itu pada mulanya terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penggaram pada tahun 1986 dan kekal di situ selama 18 tahun selepas memenanginya untuk empat penggal berturut-turut.
Chua dilantik sebagai ahli exco negeri Johor selama 14 tahun dari 1990 hingga 2004.
Beliau berpindah ke peringkat pusat selepas pilihanraya umum 2004 apabila beliau memenangi Parlimen Labis, dekat Segamat yang dikosongkan oleh Datuk Seri Dr Ling Liong Sik.
Selepas pilihanraya tersebut, beliau dilantik menyertai kabinet Abdullah sebagai menteri kesihatan.
Kedudukan Chua dalam hirarki parti juga turut meningkatkan apabila memperoleh undi kedua tertinggi bagi jawatan naib presiden dalam pemilihan MCA pada tahun 2005.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.