Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis tahan doktor disyaki bunuh isteri, anak lelaki

Polis menahan seorang doktor kerana disyaki membunuh isteri dan anak lelakinya berusia empat tahun di kediaman mereka di Bandar Dato' Onn di Johor Bahru, 31 Dis tahun lepas. 

Ketua Polis Johor Ab Rahaman Arsad berkata suspek yang berusia 33 tahun ditahan pada 3 Jan, dengan tempoh reman terhadapnya berakhir esok. 

Dia berkata mangsa yang merupakan akauntan berusia 36 tahun ditemukan dengan kesan kelar pada leher manakala anaknya dalam keadaan biru pada bahagian muka dipercayai akibat ditekup pada 8.20 pagi 31 Dis.

“Bedah siasat di Hospital Sultan Ismail mendapati punca kematian wanita itu disebabkan asphyxia related death, manakala anak lelakinya akibat smothering dipercayai berunsurkan jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Ab Rahaman berkata polis juga merampas sebilah pisau dan satu bantal beserta sarung bagi membantu siasatan. 

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan negatif dadah,” katanya. 

Dia berkata suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret di sini esok di bawah Seksyen 302, Seksyen 201 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan. 

Dia juga menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan dan prosiding mahkamah. 

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS