Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis minta bantuan kesan wanita pengasuh hilang di Rompin
Diterbitkan:  Jan 18, 2026 11:24 AM
Dikemaskini: 3:24 AM

Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang pengasuh kanak-kanak yang dilaporkan hilang di Tanjung Gemok, Rompin sejak 13 Ogos tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Rompin Supt Sharif Shai Sharif Mondoi berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Norazmawati Mohd Darwi, 45, pada pagi 14 Ogos 2025.

Katanya, laporan tersebut dibuat anak lelaki kepada wanita terbabit.

Menurut Sharid Shai, kali terakhir isteri kepada seorang nelayan itu dilihat dia berbaju kurung dan bertudung di Jalan Selancar, Kampung Tanjung Gemok, Rompin.

“Wanita yang berkulit kuning langsat itu tidak pernah menghubungi keluarganya sehingga kini.

“Polis juga telah membuat hebahan bagi mengesan orang hilang berkenaan.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin menerusi talian 09-4145999.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS