Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ringgit cecah 3.99 banding dolar AS, paling kukuh dalam 7 tahun
Diterbitkan:  Jan 23, 2026 5:14 PM
Dikemaskini: 9:14 AM

Ringgit mencecah paras psikologi 3.99 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh seketika pada pukul 2.27 petang hari ini.

Mata wang tempatan mengukuh kepada 3.9992 berbanding dolar AS, paras paling kukuh dalam tempoh lebih tujuh tahun.

Kali terakhir ringgit berada pada paras ini adalah pada 18 Jun 2018, apabila ia mencecah 3.9960/9990.

Sebelum ini, kalangan ahli ekonomi mengunjurkan ringgit diniagakan dalam julat tersebut pada separuh pertama 2026, sebelum seterusnya mengukuh ke arah 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua tahun ini, disokong prospek ekonomi Malaysia yang positif.

Mereka berkata kemungkinan itu turut didorong jangkaan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS serta isu lain yang bertumpu kepada Amerika Syarikat dan berpotensi terus melemahkan dolar AS.

– Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS