Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Malaysiakini raih anugerah perak di Putra Aria Brand Awards
Diterbitkan:  Jan 24, 2026 8:00 AM
Dikemaskini: 12:00 AM

Malaysiakini merangkul anugerah perak pada Putra Aria Brand Awards tahun ini bagi kategori populariti penjenamaan untuk 2025.

Portal berita ini dinamakan sebagai salah seorang pemenang dalam kategori “Media & Networks”, yang turut disertakan dengan sebuah trofi.

Ketua Operasi Malaysiakini, Tham Seen Hau, mewakili portal berita ini untuk menerima anugerah tersebut pada majlis makan malam yang berlangsung di Hotel The Majestic, Kuala Lumpur, malam tadi.

Tham berkata Malaysiakini berbesar hati menerima pengiktirafan tersebut.

“Pengiktirafan ini mengesahkan kepercayaan yang diberikan oleh pembaca kami terhadap Malaysiakini sebagai sebuah organisasi berita yang berwibawa dan bebas. Kami mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan, pembaca, pengiklan serta pasukan Malaysiakini.

“Kami berkongsi pencapaian ini dengan setiap warga organisasi yang telah menyumbang dalam mengekalkan kepercayaan yang diberikan,” katanya.

Sementara itu, editor eksekutif Malaysiakini, RK Anand, menyifatkan anugerah itu sebagai penghormatan besar dan bukti “dedikasi, ketabahan serta kerja keras keseluruhan pasukan”.

“Ia mencerminkan komitmen para wartawan kami untuk menyampaikan laporan yang bebas dan berani, walaupun berdepan keadaan yang mencabar,” katanya.

Putra Aria Brand Awards dimulakan pada 2022 oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) bagi memenuhi keperluan komuniti pemasaran dengan menonjolkan usaha penjenamaan merentasi semua segmen.

Ia mendapat sokongan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) sebagai Rakan Juara Jenama.

Ini merupakan kali keenam Malaysiakini diiktiraf sebagai antara jenama media terkemuka oleh 4As. Sebelum ini, Malaysiakini pernah menerima anugerah gangsa pada Putra Brand Awards 2010 dan 2014, anugerah perak pada 2015, serta anugerah perak pada 2024 dan 2025.

Selain aspek jenama, kerja editorial Malaysiakini juga terus meraih pengiktirafan.

Tahun lalu, Malaysiakini memenangi Anugerah Society of Publishers in Asia (Sopa) 2025, yang secara meluas dianggap sebagai “Anugerah Pulitzer Asia”, bagi kecemerlangan dalam laporan mengenai isu hak asasi manusia. 

Anugerah tersebut dimenangi atas tiga laporan berikut:

Laporan Malaysiakini mengenai skandal rasuah Sabah yang melibatkan sejumlah wakil rakyat turut menerima sebutan khas bagi Anugerah Scoop Sopa.

Ia juga meraih empat anugerah emas pada Anugerah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2025.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS