mk-logo
Berita
Gangguan bekalan air di Tanah Merah esok
Diterbitkan:  Jan 27, 2026 10:14 PM
Dikemaskini: 2:14 PM

Sebanyak 13,766 akaun pengguna Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di daerah Tanah Merah akan mengalami gangguan bekalan air bermula 9 malam esok.

AKSB dalam kenyataan hari ini memaklumkan gangguan bekalan air itu berikutan kerja pembaikan kecemasan injap sehala di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Remah.

“Pihak AKSB akan menyambung pembaikan kerosakan berkenaan bermula 9 malam esok dan dijangka selesai pada Khamis ini sekitar 7 pagi.

“Dalam tempoh itu, pengguna akan mengalami gangguan bekalan air sementara dan bagi kawasan penghujung bekalan paip, kemungkinan ia akan terkesan melebihi tempoh 24 jam selepas kerja pembaikian siap,” menurut kenyataan itu.

AKSB memaklumkan pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya bermula hari ini selain pada masa yang sama, pihak AKSB juga akan menggerakkan lori tangki untuk membantu premis kritikal, iaitu hospital, klinik kesihatan serta pusat dialisis sebelum diagihkan kepada penduduk.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS