Ong Ka Ting pangku jawatan Menteri Kesihatan
Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting dilantik sebagai pemangku Menteri Kesihatan - dua hari selepas Datuk Dr Chua Soi Lek meletak jawatan.
Pelantikan itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini. Ong adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Pengumuman tersebut tidak mengejutkan kerana para pemerhati politik telah membuat spekulasi bahawa Ong akan memangku jawatan Menteri Kesihatan bagi membuka jalan kepada abangnya, Datuk Ong Ka Chuan dilantik ke jawatan tersebut selepas pilihanraya umum akan datang.

Ka Chuan tidak boleh dilantik ke jawatan menteri kerana boleh bukan seorang ahli Parlimen.
Dalam pilihanraya umum 2004, beliau tewas kepada calon DAP, Fong Po Kuan di kerusi Parlimen Batu Gajah.
Selasa lalu, Chua mengaku bahawa beliau adalah lelaki di dalam video yang menunjukkan seorang lelaki sedang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dalam bilik sebuah hotel.
Sehari selepas itu, Chua yang juga naib presiden MCA, mengumumkan peletakan semua jawatannya dalam kerajaan dan parti tersebut. Chua merupakan naib presiden MCA.
Empat lagi calon yang boleh mengisi jawatan Menteri Kesihatan yang secara tradisinya diperuntukkan kepada MCA. Mereka ialah Datuk Ong Tee Kiat, Datuk Donald Lim, Datuk Ng Yen Yen dan Datuk Liow Tiong Lai.
Bagaimanapun, Tee Kiat dan Donald mungkin terkeluar dari senarai tersebut. Ia kerana Tee Kiat dikatakan tidak begitu disenangi oleh Ong manakala Donald pula dikatakan rapat dengan Chua.
'Tidak boleh diterima'
Tidak dapat dipastikan berapa lama Ong - bekas seorang guru - akan memangku jawatan Menteri Kesihatan.
Bagaimanapun, beliau dipercayai akan memegang jawatan tersebut sehingga pilihanraya umum akan datang yang diramal diadakan seawal Mac depan.
Sementara itu, Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang menyifatkan tindakan Ong memegang dua jawatan menteri tersebut sebagai "tidak munasabah, memalukan dan tidak boleh diterima".
“Pada masa ini, Perdana Menteri yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Menteri Kewangan - dan tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa ini telah mengakibatkan negara kini mempunyai Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Menteri Kewangan yang paling tidak berkesan dalam sejarah negara," katanya.
Lim berkata, pelantikan Ong sebagai Menteri Kesihatan telah menghantar isyarat bahawa Abdullah "tidak mengambil kisah atau tidak berminat terhadap urustadbir yang baik, cekap dan berkesan, tetapi hanya bermain politik dalam ”.