S'gor henti roboh kuil untuk masa enam bulan
Kerajaan Selangor setuju ditubuhkan sebuah badan khas untuk menguruskan pembinaan kuil di negeri itu dan pihak pengurusan kuil-kuil di Selangor diberi tempoh enam bulan untuk berbuat demikian.
Dalam tempoh tersebut, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo berkata, kerajaan negeri akan mengelak mengambil sebarang tindakan terhadap kuil-kuil yang dibina tanpa kebenaran.
Bagaimanapun, katanya, kerja-kerja pemindahan kuil yang setuju untuk dipindahkan, akan diteruskan.
Kerajaan Selangor setuju ditubuhkan sebuah badan khas untuk menguruskan pembinaan kuil di negeri itu dan pihak pengurusan kuil-kuil di Selangor diberi tempoh enam bulan untuk berbuat demikian.
Dalam tempoh tersebut, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo berkata, kerajaan negeri tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap kuil-kuil yang dibina tanpa kebenaran.
Bagaimanapun, katanya, kerja-kerja pemindahan kuil yang setuju untuk dipindahkan, akan diteruskan.
Dr Mohd Khir berkata, semua urusan yang membabitkan pembinaan kuil mesti melalui badan khas tersebut yang bertanggungjawab terhadap saiz kuil, lokasi dan sami sebelum dibincangkan di peringkat exco untuk diluluskan.
Masalah yang berlaku membabitkan kuil, katanya, adalah kerana selama ini tiada badan yang yang boleh memastikan pembinaan kuil mengikut spesifikasi yang tertentu.
Beliau menegaskan demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan 600 pengerusi kuil di Selangor di Rawang petang semalam, anjuran Majlis Hindu Malaysia, yang dipengerusikan oleh Presiden Kuil Jalan Bandar Maha Mariamman dan Kuil Batu Caves, R Nadarajah.
Dr Mohd Khir berkata, beliau berpuas hati kerana pengerusi kuil menyuarakan pandangan masing-masing mengenai masalah yang mereka hadapi.
Perobohan tempat ibadat
Katanya, beliau akan cuba menyelasaikan masalah tersebut kerana menjadi dasar kerajaan negeri tidak meminggirkan mana-mana agama termasuk orang Hindu.
Sebelum itu, dalam ucapannya, Dr Mohd Khir berkata, beliau tidak akan mencampuri urusan agama lain di negeri itu kerana beliau tidak berhak berbuat demikian.
"Saya orang Islam tidak ada hak dan tidak boleh mencampuri urusan mengenai agama Buddha, Kristian dan Hindu.
"Malah urusan merobohkan surau dan masjid pun, saya tidak tidak boleh campurtangan. Ia di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
"Bagaimanapun, saya sebagai ketua kerajaan negeri wajib menyediakan tempat ibadah kepada mereka tidak kira Islam, Buddha dan Hindu," tambahnya.
Dr Mohd Khir berkata, di Selangor kini ada 146 kuil yang dilulus dan diiktiraf oleh kerajaan negeri. Manakala Pengerusi Majlis Hindu Malaysia mendakwa terdapat kira-kira 700 kuil di Selangor.
Menteri Besar berkata, beliau memberi peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam di negeri itu termasuk untuk kuil melalui sebuah jawatankuasa yang dikenali Jawatankuasa Rumah Ibadah Bukan Islam yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Katanya, dalam tempoh 10 tahun lalu, kerajaan negeri telah merobohkan antara 30 dan 38 kuil kerana pembinaannya tidak mendapat kelulusan.
Suara pandangan
Pada tempoh sama, 20 masjid dan 20 tokong Cina turut dirobohkan atas sebab-sebab yang sama.
"Tetapi tiada sebuah pun daripada 25 gereja yang dirobohkan kerana mereka peraturan yang ditetapkan.
"Undang-undang tetap undang, tiada satupun yang boleh mengatasi undang-undang," katanya.

