Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sabitan rasuah Isa Samad dikembalikan? Mahkamah putuskan 10 Feb

Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 Feb bagi memutuskan rayuan pihak pendakwaan yang memohon supaya sabitan rasuah bekas pengerusi Felda, Mohd Isa Abdul Samad, dikembalikan.

Panel yang diketuai Hakim Nordin Hassan menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujahan daripada Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz serta peguam M Athimulan yang mewakili Isa.

Sebelum ini, Isa disabitkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas sembilan pertuduhan rasuah dan dijatuhi hukuman penjara enam tahun serta denda RM15.45 juta pada 3 Feb 2021.

Mahkamah Rayuan kemudian memberikan pembebasan penuh kepadanya dengan mengetepikan sabitan dan hukuman tersebut pada 6 Mac 2024.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 Feb bagi memutuskan rayuan pihak pendakwaan yang memohon supaya sabitan rasuah bekas pengerusi Felda, Isa Abdul Samad, dikembalikan.

Panel yang diketuai hakim Nordin Hassan menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada timbalan pendakwa raya Afzainizam Abdul Aziz dan peguam M Athimulan yang mewakili Isa.

Hakim Lee Swee Seng dan Che Mohd Ruzima Ghazali turut bersidang bersama Hakim Nordin hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini mensabitkan Isa atas sembilan pertuduhan rasuah dan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun serta denda RM15.45 juta pada 3 Feb 2021.

Mahkamah Rayuan pada 6 Mac 2024 kemudian memberikan pembebasan penuh kepadanya dengan mengetepikan sabitan dan hukuman tersebut selepas membenarkan rayuannya.

Isa, 77, sebelum ini didakwa pada 14 Dis 2018 atas satu pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) berhubung pembelian Merdeka Hotel & Suites di Kuching bernilai RM160 juta tanpa kelulusan lembaga pengarah Felda.

Dia juga didakwa atas sembilan pertuduhan menerima suapan daripada pengarah Syarikat Gagasan Abadi Properties Sdn Bhd, Ikhwan Zaidel, melalui bekas pegawai khasnya Muhammad Zahid Md Arip, bagi meluluskan pembelian hotel tersebut.

Dia kemudian dibebaskan daripada pertuduhan CBT pada akhir kes pendakwaan pada 16 Jun 2020, sebelum disabitkan bagi baki sembilan pertuduhan rasuah pada 2021.

[Berita penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS