Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kerajaan tubuh pasukan petugas khas siasat Azam Baki

Kerajaan menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi menyiasat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.

Susulan mesyuarat kabinet hari ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengumumkan bahawa jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar, yang akan melapor kembali kepada kabinet untuk tindakan lanjut.

Apabila disoal sama ada penggantungan ketua SPRM itu dibangkitkan, Fahmi menyatakan perkara tersebut tidak dibincangkan semasa mesyuarat.

Ketua setiausaha negara dijangka mengumumkan butiran lanjut mengenai pasukan petugas dan skop siasatannya.

[Berita penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS