Pemilihan MCA ditangguhkan
Jawatankuasa pusat MCA hari ini sebulat suara menangguhkan pemilihan parti itu yang akan bermula Mac depan sehingga selepas pilihanraya umum yang dijangka diadakan pada bulan yang sama.
“Oleh itu, proses pemilihan parti akan bermula dalam masa tiga bulan selepas selesai pilihanraya umum, " kata Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tersebut di ibupejabat MCA Kuala Lumpur hari ini.
Ong enggan menjawab secara terus terang apabila ditanya sama ada keputusan itu dibuat berasaskan maklumat dalaman Barisan Nasional - yang mana MCA merupakan parti komponen kedua terbesar - mengenai tarikh pilihanraya umum diadakan.
Jawatankuasa pusat MCA hari ini sebulat suara menangguhkan pemilihan parti itu yang akan bermula Mac depan sehingga selepas pilihanraya umum yang dijangka diadakan pada bulan yang sama.
“Oleh itu, proses pemilihan parti akan bermula dalam masa tiga bulan selepas selesai pilihanraya umum, " kata Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tersebut di ibupejabat MCA Kuala Lumpur hari ini.
Ong enggan menjawab secara terus terang apabila ditanya sama ada keputusan itu dibuat berasaskan maklumat dalaman Barisan Nasional - yang mana MCA merupakan parti komponen kedua terbesar - mengenai tarikh pilihanraya umum diadakan.
“
Saya rasa pihak media akan menjadikan topik mengenai pilihanraya umum sebagai isu yang sangat panas. Kita tidak tahu secepat mana ia akan diadakan tetapi masanya sudah tiba untuk kita bersiap sedia," katanya.
Beliau juga enggan membuat spekulasi bila pilihanraya umum akan diadakan, apabila ditanya oleh pemberita.
Perlembagaan MCA dipinda tahun lalu untuk membolehkan jawatankuasa pusat - badan pembuat keputusan tertinggi parti itu - menangguhkan pemilihan parti kerana menghadapi pilihanraya umum.
Bagaimanapun, peruntukan itu hanya boleh digunakan selepas tempoh tiga setengah tahun dari tarikh pilihanraya umum yang lalu.
Pindaan perlembagaan
Pilihanraya umum lalu diadakan pada Mac 2004 dan pindaan perlembagaan parti itu berkuatkuasa dari September 2007 untuk membolehkan pemilihan parti ditangguhkan.
Pemilihan parti tiga tahun sekali itu dijadual bermula Mac ini dengan pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian, diikuti dengan pemilihan pucuk pimpinan parti di peringkat pusat.
Keputusan MCA hari ini juga mencetuskan spekulasi bahawa pilihanraya umum sudah dekat, ditambah lagi pasukan polis dilaporkan telah membekukan cuti anggotanya, manakala Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pula berkata pilihanraya umum "sudah hampir".
Di segi perundangan, pilihanraya tidak perlu diadakan sehingga April 2009 tetapi keputusan untuk mengadakan pilihanraya terletak sepenuhnya di tangah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Sementara itu, MCA melantik Exco Kerajaan Johor, Tan Kok Hong sebagai pemangku pengerusi MCA negeri itu, menggantikan Datuk Dr Chua Soi Lek yang meletak jawatan minggu lalu.
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa pusat selama lima jam dan pada masa yang sama parti itu juga tidak akan mengisi kekosongan jawatan naib presiden yang dikosongkan oleh Dr Chua.
Ong berkata, tiada perubahan dalam barisan kepimpinan MCA Johor dan menambah, Tan akan terus memegang jawatan itu untuk tempoh yang belum ditetapkan.
Jawatan naib presiden
Kekosongan jawatan naib presiden itu akan dibiarkan sehingga pemilihan parti yang akan datang, tambahnya.
Tan, yang kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bekok, dikenali sebagai penyokong kuat Chua. Beliau enggan mengulas pelantikan itu ketika ditemui pemberita.
Keputusan itu dilihat sebagai usaha untuk meredakan ketegangan yang mungkin timbul jika Ong memangku jawatan pengerusi MCA Johor, sepertimana diramalkan sebelum ini. Jika Ong meneruskan hasratnya itu, ia akan memberi lebih banyak 'peluru' kepada mereka yang mendakwa wujud pakatan politik di sebalik kejatuhan Chua itu.
Chua, yang juga menteri kesihatan, meletakkan semua jawatan dalam kerajaan dan parti minggu lalu selepas tersebarkan video yang menunjukkan beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita.
Video itu dirakamkan melalui empat kamera rahsia di bilik sebuah hotel di Batu Pahat dan telah diedarkan secara meluas oleh individu yang tidak dikenali di kawasan kubu kuat Chua di Johor.
Ditanya sama ada sebarang pemimpin tinggi parti itu terbabit untuk menjatuhkan Chua, Ong membisu dan tidak menafi atau mengesahkannya.
Chua, 61, dikatakan berhasrat untuk bertanding salah satu jawatan tertinggi MCA - sama ada jawatan presiden atau timbalan presiden - dalam pemilihan parti yang akan datang.
Siasatan polis
"Kita juga ingin tahu. Jika sesiapa yang mempunyai maklumat, kita mahu polis menyiasat perkara ini, kita mengecam taktik yang tidak beretika ini," katanya.
Beliau sekali lagi menegaskan tidak siasatan dalaman parti tidak akan diadakan walaupun Timbalan Ketua Pemuda MCA, Ling Hee Leong mendesak supaya ia diadakan.
“Jika beliau (Ling) mempunyai bukti yang kukuh, kita akan pasti pihak polis menyiasat semua buktinya kerana polis adalah sebuah badan profesional dan bebas," kata Ong.
Mengenai hasrat Chua untuk menjelajah ke seluruh negara untuk menjelaskan kontroversi yang menyebabkan beliau meletakkan jawatan, kepada ahli akar umbi, sekira mendapat persetujuan Ong, presiden MCA itu berkata:
“Beliau tidak mengemukan sebarang permohonan kepada saya. Memandangkan tiada permohonan, maka kita tidak berbincang mengenainya hari ini...(Tetapi) setiap rakyat mempunyai hak asasi (untuk bergerak), jadi kita tidak boleh menghalang mereka, ia adalah hak inidividu mereka," jawabnya.
Presiden MCA itu mengelak menjawab satu soalan sama ada beliau mencalonkan dirinya untuk memangku jawatan menteri kesihatan, tetapi berkata ia terserah kepada budibicara perdana menteri.

