Peniaga dakwa DBKL beri notis singkat arah mereka pindah
Para peniaga kedai makan di Kampung Kerinci di ibunegara mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi notis yang singkat - dua tiga hari sahaja - kepada mereka supaya berpindah ke kawasan baru di Bukit Kerinci.
Timbalan Pengerusi Persatuan Peniaga Kecil Bumiputera cawangan Bangsar, Zainuddin Kadir berkata, pada mulanya mereka membantah untuk berpindah ke kawasan baru itu kerana ketiadaan jalan utama ke tempat tersebut.
Pada mulanya, jelas beliau, ksemua 60 peniaga berpakat tidak mahu berpindah ke Pusat Penjaja Bukit Kerinchi seperti yang diarahkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Bagaimanapun, katanya, mereka berpindah di saat-saat akhir walaupun pusat penjaja baru itu belum siap sepenuhnya.
"Semuanya berlaku kerana peniaga tidak bersatu. Jika kami bersatu, saya yakin ia tidak akan dipindahkan sebegini cepat.
"Sekurang-kurangnya sehingga jalan masuk ke pusat penjaja itu dibina," katanya ketika ditemui hari ini.
Beliau juga mendakwa, DBKL memberi notis supaya peniaga berpindah dalam masa yang singkat iaitu dua atau tiga hari sahaja.
Diroboh Sabtu lalu
Zainuddin yang berniaga kedai makanan sejak lebih 10 tahun lalu, berkata, masalah utama di Pusat Penjaja Kerinchi ialah ketiadaan jalan masuk.
Katanya, setakat ini jalan masuk yang ada cumalah melalui rumah orang kerana belum ada jalan lain.
Zainuddin juga mendakwa, pada peringkat awal, DBKL tidak mengadakan rundingan dengan peniaga untuk memindahkan mereka.
"Peniaga hanya diajak berunding pada saat akhir iaitu beberapa hari sebelum kedai dirobohkan Sabtu lalu," katanya.
Beliau berkata, peniaga terpaksa berpindah kerana kawasan sedia ada sekarang akan dibina jalan raya baru.
Lihat video dalam MALAYSIAKINI.TV