Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kegiatan agama, bina rumah ibadat wajib ikut peraturan - Anwar
Diterbitkan:  Feb 19, 2026 10:48 AM
Dikemaskini: 3:48 AM

Semua kegiatan agama dan pembinaan rumah ibadat perlu mengikut peraturan yang sudah ditetapkan pihak berkuasa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan tidak pernah menghalang atau menyekat sebarang kegiatan keagamaan, namun ia perlu berpandukan Perlembagaan negara.

“Buatlah dakwah, tiada sekatan sama sekali. Tapi ikutlah peraturan. Itu sahaja yang kita minta. Saya harap perkara ini sepatutnya kita selesaikan dengan baik,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap pada majlis perjumpaan bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ihya’ Ramadan, di Putrajaya hari ini.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan timbalannya Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Pada 12 Feb, Perdana Menteri menegaskan bahawa tiada mana-mana pihak berhak mengambil tindakan sendiri di luar kerangka undang-undang dalam isu berkaitan rumah ibadat.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS