P'raya: Pemuda PAS dakwa wujud pakatan sulit BN-Kuan Yew
Dewan Pemua PAS (DPP) mendakwa wujud usaha atau pakatan sulit antara Menteri Mentor Singapura, Lee Kwan Yew dan Barisan Nasional (BN), dengan membuat kenyataan yang positif mengenai Malaysia yang menguntungkan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihanraya umum akan datang.
Ketika berucap di majlis anjuran Institut Pengajian Asia Tenggara (ISEAS), Singapura semalam, Lee mengatakan ekonomi Malaysia akan berkembang baik pada 2008 kerana ada tanda-tanda positif pada komoditi dan kenaikan harga minyak dunia .
"Kenyataan ini agak aneh kerana beliau sendiri mengakui unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia akan jatuh daripada 5.7 peratus pada 2007 kepada 5.6 peratus pada tahun ini," kata Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

"DPP Pusat dapat merasakan bahawa Lee sengaja melontar satu pandangan yang positif terhadap ekonomi Malaysia walaupun unjuran menunjukkan sebaliknya.
"Beliau sengaja meletakkan beberapa petunjuk seperti harga kelapa sawit sebagai komoditi utama dan kenaikan harga minyak yang bakal memberikan hasil yang besar kepada Malaysia," kata Salahuddin.
Sebaliknya, tegas beliau, sebagai seorang negarawan yang begitu berpengalaman dalam ekonomi politik, Lee sepatutnya menyedari rakyat Malaysia sedang mengalami keputusan bekalan minyak masak dan juga kebimbangan rakyat terhadap kenaikan harga bahan api dalam masa terdekat ini.
"Bagi DPP Pusat, kenyataan yang agak melulu daripada Lee ini adalah satu usaha atau ‘pakatan sulit’ beliau dengan BN untuk memberikan 'mileage' politik secara percuma kepada BN menjelang pilihanraya umum," katanya.
Menurut Salahuddin lagi, telah menjadi kebiasaan Lee untuk menggoncang politik Malaysia apabila menjelang pilihanraya bagi diambil manfaat oleh BN.
'Pulih keyakinan'
"Lee pada 1999 pernah menggambarkan kebimbangan beliau juga Malaysia diperintah oleh PAS.
"Dan Lee Kwan Yew amat berharap supaya BN dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus memerintah sebagai satu strategi Singapura untuk menguasai selatan Johor atau Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI)," katanya.
Salahuddin berkata, ini kerana Singapura menyedari PAS/Barisan Alternatif (BA) menolak dasar-dasar longgar BN dalam membangunan WPI sehingga membuka ruang yang begitu luas bagi Singapura untuk menjajah Malaysia dalam bentuk baru setelah pengaruh mereka di Pulau Batu Putih tergugat.
"Singapura mencari jalan untuk mempertahankan pemimpin dan kerajaan yang lemah untuk membolehkan mereka mengaut kekayaan Malaysia dan ‘menjajah WPI’.
"Lee Kwan Yew masih mempunyai cita-cita politik besar untuk menguasai Malaysia selepas projek Malaysian Malaysia menerusi Malaysia Solidarity Convention (MSC) pada 1964 gagal. Kerana itu, Lee seboleh mungkin mahu BN terus berkuasa untuk membolehkan Singapura menguasai Malaysia," tambahnya.
Menurutynya, kenyataan positif Lee erhadap ekonomi Malaysia ini amat aneh sekali terutama ketika rakyat negara ini sedang tersepit oleh bebanan hidup yang begitu tinggi, mengalami kekurangan makanan asas dan berhadap dengan krisis moral serta pergolakan kepemimpinan BN.
Salahuddin berkata, DPP percaya Lee sengaja mahu mengalihkan perhatian rakyat supaya diberikan keyakinan semula kepada Umno/BN menjelang pilihanraya umum.