mk-logo
Berita
Exco Terengganu akan didakwa esok
Diterbitkan:  Feb 23, 2026 5:08 PM
Dikemaskini: 9:09 AM

Seorang Exco kerajaan Terengganu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan akan didakwa di mahkamah, esok.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 60-an itu dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen, di Kuala Terengganu, pada pukul 9 pagi.

Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

Semalam, sumber memaklumkan suspek disyaki menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya sebagai anggota Exco kerajaan negeri serta Pengerusi Lembaga Pengarah sebuah syarikat bagi mengarahkan kedua-dua anaknya dilantik bekerja di dua anak syarikat milik kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu ditahan semalam selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kemaman kerana didakwa melakukan perbuatan berkenaan pada 2018 dan 2020.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS