Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Banjir Sabah: 5,036 mangsa berlindung di PPS petang ini
Diterbitkan:  Feb 23, 2026 5:29 PM
Dikemaskini: 9:29 AM

Sebanyak 5,036 orang daripada 2,002 keluarga yang terjejas akibat banjir di Pitas, Paitan dan Tawau ditempatkan di 32 pusat pemindahan sementara (PPS) petang ini.

Menurut kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah, jumlah itu mencatat pertambahan ketara berbanding 4,462 orang daripada 1,859 keluarga setakat tengah hari tadi.

“Jumlah mangsa banjir di Paitan meningkat kepada 2,071 orang daripada 590 keluarga berbanding 1,497 orang daripada 447 keluarga pada tengah hari. Kesemua mereka adalah penduduk dari 39 kampung di daerah itu,” menurut kenyataan tersebut.

Jumlah mangsa banjir di Pitas pula kekal 2,720 orang daripada 1,357 keluarga, manakala di Tawau juga kekal 245 orang daripada 55 keluarga.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah mengalami ribut petir pada sebelah pagi, petang dan malam ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS