Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis tahan pelajar disyaki muat naik hantaran sentuh 3R

Polis menahan seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hari ini kerana disyaki memuat naik dan menyebarkan kandungan menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) menerusi media sosial.

Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata lelaki berkenaan ditahan awal pagi tadi di Kuantan bagi membantu siasatan.

“Pihak polis akan memohon perintah reman terhadap pelajar terbabit hari ini,” katanya menerusi kenyataan ringkas kepada media.

Dia berkata kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menghina agama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian untuk menghantar komunikasi yang bersifat menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu orang lain termasuk kandungan jelik.

Terdahulu, tular menerusi media sosial kandungan bersifat provokatif termasuk menghina Nabi Muhammad. 

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS