Anwar: PM mahu wujudkan suasana takut
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan mengapa beliau dicap sebagai ancaman kepada keselamatan negara.
"Pak Lah, tolong jelasnya mengapa saya menjadi ancaman kepada keselamatan negara?" kata Anwar sambil bertanya mengapa beliau menjadi musuh No. 1 negara.
Menurut bekas timbalan perdana menteri itu berkata, beliau dimaklumkan bahawa Abdullah telah menyebut mengenai perkara itu kepada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Melayu sewaktu mesyuarat Majlis Keselamatan Negara di Putrajaya Selasa lalu.

Anwar mendakwa, Abdullah telah memberitahu NGO tersebut bahawa beliau (Anwar) merupakan satu ancaman dan pengkhianat kepada bangsa Melayu.
Menurutnya lagi, perdana menteri berbuat demikian untuk mewujudkan suasana takut menjelang pilihanraya umum akan datang.
Anwar berkata, beliau dicap sedemikian kerana menyokong perjuangan bukan Melayu untuk menegakkan keadilan, terutamanya kempen Hindraf untuk membangkitkan kesedaran di kalangan masyarakat India di negara ini.
Katanya, beliau difahamkan bahawa Abdullah telah memaklumkan kepada NGO tersebut bahawa kerajaan sedang mengumpul bukti-bukti ancaman Anwar kepada keselamatan negara.
Faktor kebimbangan BN
Anwar menafikan dakwaan Abdullah itu sebagai tidak berasas dan berniat jahat, sambil menambah bahawa perdana menteri telah mensasarkannya sebagai ancaman kepada keselamatan negara hanya kerana beliau menjadi ancaman utama kepada parti pemerintah.
"Apakah ini Islam Hadhari yang didukung oleh Pak Lah?" kata Anwar sambil menambah bahawa Abdullah berhutang penjelasan kepadanya dan rakyat Malaysia.
Pemimpin PKR itu juga berkata Abdullah mesti menyedari bahawa landskap politik dan pemikiran di kalangan semua bangsa telah berubah secara dramatik dan drastik sepanjang tempoh 40 tahun yang lalu.
"Kita sekarang bercakap mengenai politik dalam sebuah masyarakat majmuk. Jadi bagaimana isu-isu mengenai kaum India dan halehwal kaum Cina boleh menjadi ancaman kepada orang Melayu?" soalnya lagi.
Anwar mengingatkan, walaupun faktor kebimbangan BN bukanlah suatu permainan politik yang baru, namun begitu, ia menjadi semakin teruk daripada sebelumnya.
"Rakyat mesti menolak taktik tidak sihat untuk menanam rasa takut di kalangan pengundi dan ancaman Akta Keselamatan Dalam Negeri apabila pilihanraya umum semakin hampir," katanya.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang, yang turut hadir di sidang akhbar tersebut, mencelah bahawa Abdullah harus membuktikan tuduhannya itu.
Katanya, BN mesti berhenti memainkan politik menakut-nakutkan rakyat serta mempolitikkan keselamatan negara.
"Parti pembangkang juga sama patriotiknya, jika pun tidak lebih daripada pemimpin BN.
"Kita tidak akan benarkan keselamatan negara dikompromikan untuk mendapatkan keuntungan politik," katanya. Berita asal