Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis siasat dakwaan konspirasi jatuhkan kerajaan, sabotaj negara
Diterbitkan:  Feb 27, 2026 10:18 AM
Dikemaskini: 2:54 AM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan wujudnya cubaan menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.

Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail berkata, laporan polis diterima semalam melibatkan dakwaan kerjasama antara seorang individu berpengaruh tempatan dengan agensi media antarabangsa.

"Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan / Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Seksyen tersebut merujuk kepada aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Maklumat lain tidak didedahkan.

Malaysiakini telah menghubungi Khalid dan bahagian komunikasi Bukit Aman untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Elak spekulasi

Sementara itu, Mohd Khalid menasihatkan masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi sementara pihak polis melengkapkan siasatan mereka.

Menurutnya, langkah itu penting bagi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini sementara proses pembuktian dilakukan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS