Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Trump: AS, Israel serang Iran ambil masa 4 minggu atau kurang
Diterbitkan:  Mar 2, 2026 8:41 AM
Dikemaskini: 12:42 AM

GLOBAL | Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Ahad bahawa kempen bersama AS-Israel yang dilancarkan pada Sabtu terhadap Iran dijangka berlarutan selama kira-kira empat minggu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Ia sentiasa menjadi proses empat minggu," kata Trump kepada Daily Mail.

"Walaupun ia (serangan) sangat kuat, ia adalah sebuah negara yang besar, ia akan mengambil masa empat minggu - atau kurang," tambahnya.

Kenyataan itu dibuat ketika operasi memasuki hari kedua.

Pasukan AS telah menyerang pusat arahan Iran, tapak peluru berpandu balistik, kapal tentera laut dan sistem pertahanan udara dalam tempoh 24 jam pertama, dengan mengerahkan pesawat B-2 stealth bombers, jet pejuang, kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear dan kapal pemusnah peluru berpandu, antara aset lain, menurut CENTCOM.

Trump sebelum ini berkata 48 pemimpin Iran telah dihapuskan dan operasi berkenaan adalah "mendahului jadual."

Tehran telah membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan negara Teluk. Tiga anggota perkhidmatan AS terkorban dan lima lagi cedera parah sejak operasi bermula.

- Bernama-Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS