Tian Chua dituduh sengaja cederakan anggota polis
Ketua Penerangan PKR, Tian Chua hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang anggota polis pada 11 Disember tahun lalu ketika ditahan sewaktu menyertai perhimpunan di luar bangunan Parlimen.
Beliau didakwa di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Konstabel Rosyaidi Anuar dan menghalangnya menjalankan tugasnya.
Timbalan Pendakwaraya, Mohamad Hanafiah Zakaria berkata membaca tuduhan tersebut tetapi beliau tidak menyatakan kecederaan sebenar yang dialami oleh anggota polis tersebut.
Ketua Penerangan PKR, Tian Chua hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang anggota polis pada 11 Disember tahun lalu ketika ditahan sewaktu menyertai perhimpunan di luar bangunan Parlimen.
Beliau didakwa di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Konstabel Rosyaidi Anuar dan menghalangnya menjalankan tugasnya.
Timbalan Pendakwaraya, Mohamad Hanafiah Zakaria berkata membaca tuduhan tersebut tetapi beliau tidak menyatakan kecederaan sebenar yang dialami oleh anggota polis tersebut.
Kertas tuduhan itu menyatakan Chua didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Rosyaidi pada jam 10.45 pagi di Jalan Parlimen di luar bangunan Parliamen.
Peguam Chua, Ranjit Singh meminta Hanafiah untuk menjelaskan bentuk kecederaan tersebut sebelum Majistret Tasmin Abu Bakar memintanya menghadkan hujahnya kepada jumlah ikatjamin.
Beliau kemudiannya menetapkan ikatjamin sebanyak RM3,000. Kes tersebut akan didengar pada 16 dan 17 April.
Jika didapati bersalah, Chua boleh dihukum penjara tiga tahun, atau didenda, atau kedua-duanya sekali.
Di luar mahkamah, Hanafiah memberitahu pemberitahu pemberita, Rosyaidi cedera di tangan kiri tetapi tidak menyatakan keseriusan kecederaan tersebut. Laporan media sebelum ini bagaimanapun menyatakan Chua didakwa menggigit Rosyaidi ketika hendak ditahan.
Pada 11 Disember tahun lalu, Chua adalah antara 17 aktivis dari Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang ditahan kerana melanggar larangan berhimpun di Parlimen. Mereka mahu menyerahkan memorandum membantah pindaan perlembagaan untuk menambah tempoh umur perkhidmatan anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
16 aktivis
Manakala 16 aktivis - di mana ikatjamin mereka telah dilanjutkan tiga kali oleh majistret - dijangka akan didakwa bersama Chua pagi ini kerana menyertai perhimpunan haram.
Bagaimanapun, sebahagian daripada mereka tidak kelihatan di mahkamah hari ini.
Peguam mereka, Latheefa Koya berkata Timbalan Pendakwaraya Kanan (DPP), Yusof Zainal Abiden memberitahu, mereka akan dihadapkan ke mahkamah pada 17 Januari lalu.
“Beliau memaklumkan kepada saya bahawa pegawai penyiasat itu berkata, tuduhan telah digugurkan terhadap tiga individu, dan seorang daripada mereka ialah Abdul Razak Ismail,” katanya kepada Malaysiakini.
Abdul Razak bersama Chua ketika mereka ditahan bersama semasa gagal berhenti di sekatan jalanraya menuju ke Parlimen.
Mereka yang dijadual didakwa pada 17Januari lalu ialah Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; Ketua Wanita PAS, Nuridah Mohd Salleh dan ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Dr Lo' Lo' Ghazali, dan Pengerusi Penaja Parti Sosialis Malaysia, Dr Nasir Hashim; Setiausaha Agungnya, S Arutchelvan dan ahli jawatankuasa pusatnya, S Sivarajan.
Perintah larangan
Pada 11 Disember lalu, lebih 400 anggota polis mengawal jalan menuju ke Parlimen bagi menghalang anggota Bersih masuk untuk menyerahkan memorandum tersebut.
Pihak polis juta telah mendapatkan perintah mahkamah - yang kedua selepas perhimpunan anjuran Hindraf pada 25 November - melarang empat individu dan penyokong Bersih menghadiri perhimpunan tersebut.
Mereka ialah Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Mohamad Sabu and Adenaan Saad dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud.
Perintah tersebut menyatakan "pihak-pihak berkaitan yang lain" juga dilarang menyertai perhimpunan tersebut dalam kawasan bangunan Parlimen.

