YB Mad: Semuanya fitnah...
Ianya fitnah! Itulah jawapan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cempaka, Mad Aris Mad Yusof terhadap dakwaan-dakwaan yang dibuat terhadapnya.
Menurut ahli politik veteran itu, dakwaan itu dibuat oleh musuh politiknya yang mahu mencemarkan nama baiknya menjelang pilihanraya umum akan datang.
Sebaliknya, Mad Aris yang juga ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berkata beliau telah membuat sumbangan yang besar di kawasan pilihanrayanya dan penduduk mahu beliau kekal sebagai wakil rakyat mereka.
Semuanya fitnah semata-mata! Itulah jawapan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cempaka, Mad Aris Mad Yusof terhadap dakwaan-dakwaan yang dibuat terhadapnya.
Menurut ahli politik veteran itu, dakwaan itu dibuat oleh musuh politiknya yang mahu mencemarkan nama baiknya menjelang pilihanraya umum akan datang.
Sebaliknya, Mad Aris yang juga ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berkata beliau telah membuat sumbangan yang besar di kawasan pilihanrayanya dan penduduk mahu beliau kekal sebagai wakil rakyat mereka.
"Semua pembangunan yang saya bawa ke kawasan pilihanraya ini adalah untuk faedah penduduk. Ia tidak langsung untuk kepentingan peribadi," kata pemimpin Umno itu kepada Malaysiakini.
"Setiap orang mempunyai musuh dalam parti. Pilihanraya semakin dekat. Pergilah tanya penduduk dan dengar apa yang mereka katakan tentang diri dirinya," katanya.
Dalam dua siri sebelum ini, Malaysiakini melaporkan tentang dakwaan-dakwaan yang disuarakan oleh beberapa penduduk terhadap Mad Aris.
Penduduk mengesyaki Adun tersebut telah menyalahgunakan kuasanya untuk mendapatkan tanah simpan kerajaan di Ampang untuk tujuan komersial.
Ini termasuk kawasan hijau, tapak simpan untuk membina sekolah, kawasan membina/membesarkan longkang, tanah untuk membina jalan, zon pemampan dan tanah-tanah kosong. Semuanya didakwa telah dipajakkan kepada kroninya yang kemudiannya menyewakanya kepada syarikat-syarikat pada harga yang tinggi.
Dapatkan kelulusan
Mad Aris, yang sudah empat penggal menjadi wakil rakyat, berkata semua pelan pembangunan mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan penduduk tempatan.
"Semua pihak yang memanfaatkan tanah tersebut adalah penduduk tempatan. Penduduk tempatanlah yang mendapat faedah daripadanya," kata beliau.
Sebagai contoh, katanya, Zon Industri Ringan yang terletak antara Lebuhraya Lingkaran 2 dan Kampung Pandan Dalam, sebelum dimajukan, ia merupakan kawasan tanah kosong yang dipenuhi dengan rumput.
"Lapan tahun lalu, sebelum tanah ini dimajukan, ia diduduki setinggan dan penuh dengan rumput. Selepas dimajukan, penduduk tempatan kini mempunyai satu tempat untuk menjalankan perniagaan," tambahnya.
Zon tersebut adalah salah satu skandal tanah yang didakwa penduduk membabitkan Mad Aris.
Penduduk yang kecewa juga menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menuntut supaya Mad Aris digugurkan dari senarai calon dalam pilihanraya umum 2004. Salinan memorandum itu diperolehi oleh
Malaysiakini.
Memorandum apa?
Mad Aris, bagaimanapun, berkata beliau tidak menyedari adanya memorandum seumpama itu.
"Tidak ada pun memorandum seperti itu, saya tiak pernah menerimanya atau dimaklumkan mengenainya. Jika memorandum itu benar-benar wujud, tentunya ada orang yang akan memberitahu saya," katanya.
Beliau juga berkata penduduk tempatan menyokong kegiatan yang dijalankannya. Malah, katanya, sesetengah daripada mereka, berharap beliau akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat mereka.
"Penduduk juga tidak ada masalah dengan saya. Setiap aktiviti yang dianjurkan oleh saya mendapat sambutan pihak penduduk. Malah, sesetengahnya mahu saya kekal (sebagai wakil rakyat). Saya tidak sebarang rasa tidak puashati," katanya.
"Ke mana sahaja saya pergi di kawasan ini, saya diterima baik. Sabtu lalu (5 Januari) kita mengadakan pilihanraya cubaan. Jumlah penyertaannya melebihi jangkaan kita," tambahnya.
Mad Aris juga berkata, beliau telah menyelesaikan banyak isu-isu tempatan selama empat penggal menjadi wakil rakyat, terutamanya masalah setinggan.
"Saya menangai isu kawasan setinggan (sepanjang menjadi wakil rakyat). Sekarang, semua masalah setinggan telah diselesaikan. Masalah longkang dan banjir juga telahpun diselesaikan," katanya. Berita asal

