Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Trump beri amaran pemimpin agung Iran takkan bertahan lama tanpa 'restu' AS

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi amaran pada Ahad bahawa Pemimpin Agung Iran yang baharu, Motjaba Khamenei "tidak akan bertahan lama" tanpa kelulusan dan "restu" daripada pihaknya.

"Beliau perlu mendapatkan kelulusan daripada kami," kata Trump dalam satu temu bual bersama ABC News, lapor Xinhua.

"Jika beliau tidak mendapat kelulusan kami, beliau tidak akan bertahan lama."

Trump menegaskan beliau tidak mahu isu yang sama berulang dalam tempoh lima tahun akan datang, atau lebih buruk lagi, membiarkan Iran memiliki senjata nuklear.

Terdahulu, agensi berita separa rasmi Mehr melaporkan bahawa Majlis Pakar Iran telah memuktamadkan keputusan mengenai pemilihan Pemimpin Agung yang baharu. Sebelum ini, Trump pernah menyatakan bahawa beliau harus terlibat secara peribadi dalam menentukan pengganti kepimpinan tertinggi Iran itu.

Pada 28 Feb lepas, Israel dan AS melancarkan serangan udara bersama ke atas Tehran dan beberapa bandar lain di Iran yang mengakibatkan kematian Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei, puluhan pegawai kanan serta komander tentera, selain ratusan orang awam.

- Bernama - Xinhua


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS