Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Erdogan beritahu Iran tiada tolak ansur pencerobohan ruang udara Turkiye
Diterbitkan:  Mar 10, 2026 2:13 PM
Dikemaskini: 6:13 AM

Presiden Recep Tayyip Erdoğan memberitahu rakan sejawatannya dari Iran Masoud Pezeshkian pada Isnin bahawa sebarang pencerobohan ruang udara Turkiye "tidak boleh dimaafkan," lapor Xinhua.

Erdoğan membuat kenyataan itu semasa panggilan telefon yang diminta oleh pihak Iran.

Awal Isnin, Kementerian Pertahanan Turkiye memaklumkan peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari Iran berjaya dipintas di wilayah tenggara Turkiye Gaziantep oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan aset pertahanan peluru berpandu yang ditempatkan di Mediterranean Timur, tanpa sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Turkiye "kini terkesan secara negatif oleh konflik yang tidak melibatkannya,” kata Erdogan, sambil menambah ia akan “terus mengambil semua langkah yang perlu terhadap perkara ini.”

Semasa perbualan telefon, Pezeshkian berkata peluru berpandu yang memasuki ruang udara Turkiye "bukan berasal dari Iran" dan Iran akan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai perkara itu.

Erdoğan menzahirkan rasa dukacita atas kehilangan nyawa, khususnya kanak-kanak yang terkorban dalam pengeboman sebuah sekolah perempuan di selatan Iran, dan mengulangi ucapan takziah atas kematian Pemimpin Tertinggi Iran Ali Khamenei.

Beliau menyuarakan harapan pemilihan Mojtaba Khamenei sebagai pengganti Ali akan menyumbang kepada keamanan di rantau ini.

Perbualan telefon itu dibuat ketika ketegangan serantau memuncak berikutan serangan bersama Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran bermula 28 Feb lepas, yang mendorong Iran untuk bertindak balas dengan serangan peluru berpandu dan dron ke atas Israel serta aset AS di seluruh Timur Tengah.

- Bernama - Xinhua


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS