PKR: Nalla tidak ikhlas untuk berdebat
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S Nallakarupan tidak ikhlas untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai sumbangan bekas timbalan perdana menteri itu kepada masyarakat India di negara ini.
Timbalan Setiausaha Agung PKR, Dr Xavier Jeyakumar berkata, jika Nalla jujur dan ikhlas, beliau tidak perlu meletakkan syarat hanya mahu berdebat dengan orang tertentu.
"Kita mahu berdebat atas isu sumbangan Anwar semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri terhadap masyarakat India kerana ia telah dibangkitkan oleh Nalla.

"PKR tidak mahu berdebat kerana personaliti tertentu, sebaliknya fokus kepada sumbangan Anwar terhadap masyarakat India di negara ini," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kesediaan Nalla berdebat secara terbuka dengan Anwar mengenai sumbangan bekas timbalan perdana menteri itu kepada masyarakat India di negara ini.
Kesediaan tersebut telah dinyatakan oleh Timbalan Presiden MIUP, S Arumugam dalam sidang media anjuran MUIP di ibu negara, Jumaat lalu.
'Nalla cari publisiti'
Arumugam berkata, Dr Xavier sebenarnya kecewa dengan populariti Nalla (kanan) sama ada semasa dalam PKR atau MIUP.
Beliau juga menempelak Dr Xavier dengan berkata: "Siapa dia untuk mencabar Nalla dan MIUP bertanding menentang calon PKR dalam pilihanraya umum akan datang?"
Arumugam berkata, MIUP tidak memerlukan nasihat Dr Xavier yang juga timbalan setiausaha agung PKR "dan kami tidak memberi kebenaran kepadanya untuk menyatakan pendirian MIUP".
Sehubungan itu, Dr Xavier mendakwa, kesediaan Nalla untuk berdebat dengan Anwar atau Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail adalah "semata-mata hendak mencari publisiti".
Menurutnya, beliau boleh mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai PKR atas kedudukannya sebagai timbalan setiausaha agung parti itu.
"Saya boleh bercakap atau menyatakan pendirian PKR dalam isu tersebut kerana saya merupakan timbalan setiausaha agung PKR," katanya lagi.
Cabar pemimpin MIUP
Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Tinggi (MPT) PKR, S Manikavasagam berkata, beliau mencabar pemimpin MIUP bertanding menentang calon India PKR dalam pilihanraya umum akan datang.
Katanya, jika Nalla berani, beliau boleh bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves dalam pilihanraya umum akan datang.
"Saya akan bertanding di Batu Caves, kalau Nalla berani beliau boleh lawan saya," katanya.
Manikavasagam berkata, beliau tahu rekod Nalla dalam PKR tetapi tidak mahu mendedahkannya kerana tidak mahu memalukannya.
Katanya, Nalla pernah berjanji untuk membawa 2,000 masyarakat India dan Cina ke bahagian Kepong tetapi yang menyerahkan borang penyertaan cuma tiga orang.