Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Iran: Kapal bukan musuh boleh lalui Selat Hormuz dengan langkah keselamatan
Diterbitkan:  Mar 22, 2026 5:23 PM
Dikemaskini: 9:23 AM

Serangan AS dan Israel terhadap Iran menjadi “punca kepada situasi semasa di rantau Teluk Parsi dan Selat Hormuz,” kata wakil Iran ke Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) Ali Mousavi.

Wakil Iran ke Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) Ali Mousavi, berkata kapal kecuali yang dikategorikan sebagai “musuh” boleh melalui Selat Hormuz dengan penyelarasan awal bersama pihak berkuasa Iran bagi pengaturan keselamatan dan sekuriti, menurut agensi berita separa rasmi Mehr pada Ahad, lapor Xinhua.

Beliau turut menegaskan bahawa komitmen maritim antarabangsa perlu disertai dengan penghormatan terhadap integriti wilayah dan hak kedaulatan Iran.

Iran, katanya, bersedia bekerjasama dengan IMO dan negara lain bagi meningkatkan keselamatan maritim serta melindungi pelaut.

“Diplomasi kekal menjadi keutamaan Iran. Namun, pemberhentian sepenuhnya pencerobohan serta kepercayaan dan keyakinan bersama adalah lebih penting,” kata Mousavi, sambil menambah bahawa serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran menjadi “punca kepada situasi semasa di rantau Teluk Parsi dan Selat Hormuz”.

- Bernama-Xinhua


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS