Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
China kekal pendirian isu Asia Barat diselesai melalui jalan damai

Menteri Luar China Wang Yi mengulangi pendirian Beijing bahawa semua isu hangat harus diselesaikan melalui dialog dan rundingan, bukan pendekatan kekerasan.

Beliau mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Iran, Seyed Abbas Araghchi mengenai situasi semasa di Asia Barat pada Selasa.

Wang berkata pendekatan berunding adalah lebih baik berbanding berkonflik. Ia selaras dengan kepentingan negara dan rakyat Iran, dan juga menggambarkan aspirasi masyarakat antarabangsa.

Beliau menyeru agar pihak-pihak terbabit merebut setiap peluang dan ruang untuk memulakan proses perdamaian.

Sementara itu, Araghchi menzahirkan penghargaan terhadap bantuan kemanusiaan yang dibekalkan China, serta harapan agar Beijing terus memainkan peranan positif dalam membantu menggerakkan perdamaian dan menamatkan serangan.

Beliau menegaskan bahawa Iran komited untuk mengakhiri perang secara menyeluruh, bukan gencatan senjata sementara.

Selat Hormuz kekal dibuka kepada semua kapal tetapi negara-negara yang berperang dengan Iran tidak dibenarkan melaluinya, kata beliau.

Araghchi turut meluahkan harapan agar langkah-langkah yang diambil oleh pihak terlibat akan membantu meredakan ketegangan, bukan meruncingkan situasi di rantau berkenaan.

–Bernama-CMG


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS