Pembunuhan Adun MIC: Lebih ramai dipanggil beri keterangan
Lebih ramai akan dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung kes pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenggaroh, Datuk S Krishnasamy Jumaat lalu, kata Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd Shariff.
Pada masa yang sama, beliau meminta orang ramai berhenti daripada membuat spekulasi tentang kejadian tersebut.
Mokhtar berkata, siasatan tersebut dijalankan sepenuh masa oleh pasukan khas yang ditubuhkan untuk menyiasat ke pembunuhan Krisnhasamy.

Penubuhan pasukan itu diumumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan, demikian menurut laporan Bernama.
"Dalam proses penyiasatan ini, kami akan memanggil lebih ramai orang untuk memudahkan penyiasatan," katanya selepas menyampaikan surat penghargaan balai polis contoh dan pemakaian kenaikan pangkat dua pegawai dan 72 anggota polis Johor Baharu Utara di Balai Polis Air Bemban, Kulai di Johor Bahru hari ini.
Krishnasamy, 62, yang juga merupakan timbalan pengerusi MIC Johor ditembak mati dari jarak dekat kira-kira jam 2.30 petang Jumaat lalu ketika berada di dalam lif bangunan MIC negeri untuk menghadiri mesyuarat
parti.
Rekod kenyataan Samy
Sejak kejadian itu, polis telah memanggil beberapa orang untuk memberikan keterangan, termasuk pembantu khas Pengerusi MIC Negeri Datuk K S Balakrishnan dan pemandu kepada mendiang Krishnasamy.
Mokhtar juga ditanya tentang laporan media hari ini yang mendakwa, pemandu itu telah ditahan reman untuk membantu siasatan polis, tetapi beliau enggan mengesahkannya.
Beliau juga enggan menjawab pertanyaan pemberita sama ada pembunuh Adun Tenggaroh itu masih berada di Malaysia.
Beliau bagaimanapun mengesahkan bahawa Presiden MIC yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Seri S.Samy Vellu, telah memberikan keterangan kepada polis di Kuala Lumpur.
"Kami telah merekod kenyataan Datuk Seri S.Samy Vellu di Kuala Lumpur semalam," katanya.
Mokhtar juga meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian pembunuhan itu agar tampil membantu polis.
Lapor komen ini

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.